CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Populariti David Archuleta merosot?

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Populariti David Archuleta merosot?Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Hanisah [email protected]/07/28\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPESERTA American Idol musim ketujuh (AI7), David Archuleta, sekali lagi berkunjung ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert solonya di Stadium Merdeka, Selasa lalu.\rDia membuat kemunculan pertamanya di negara ini dua tahun lalu menerusi persembahan yang diadakan di Amphitheatre Sunway Lagoon.\r\n\n\n\n\rSebelum itu, jejaka berusia 21 tahun itu menemui peminatnya di Vietnam, Filipina dan Indonesia bagi menyempurnakan konsert jelajah Asia. \r\r\n\n\n\n\nDesas-desus popularitinya yang kian merudum dikatakan punca kenapa dia kerap mengadakan konsert di Asia. Kononnya David tidak lagi diminati peminat di negara kelahirannya, tidak seperti ketika dia berada dalam American Idol apabila dia disanjung, malah senyuman manisnya membuatkan gadis remaja tergila-gilakan jejaka ini.\rAlasan itu digunakan syarikat rakamannya, Jive Records untuk menyingkirkan David. Semuanya berpunca daripada penjualan album ketiganya The Other Side of Down tahun lalu yang bergerak sangat perlahan apabila hanya mampu dijual sebanyak 63,000 unit, berbanding album sulungnya yang terjual lebih 700,000 unit.\rBagaimanapun, David pernah membuat kenyataan, keputusan meninggalkan Jive kerana dia sendiri yang mahu menguruskan kerjayanya. Selain itu dia dapat mengelakkan diri daripada terikat dengan telunjuk sesiapa.\rMalah pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Isnin lalu, David sekali lagi menyatakan perkara sama. Katanya, sepanjang tiga tahun bergelar penyanyi, banyak kejutan berlaku. Lebih istimewa lagi apabila dia dapat mengenali lebih ramai orang.\r“Sepanjang tiga tahun menjadi penyanyi, tiada apa yang berubah. Sebaliknya kerjaya nyanyian saya berkembang dengan sangat baik. Saya tidak rasa kerjaya nyanyian saya semakin perlahan kerana saya masih diundang mengadakan konsert. \r“Saya sendiri sebenarnya berhajat untuk memperlahankan aktiviti nyanyian, bagaimanapun tidak tercapai kerana banyak sekali undangan diterima,” kata David yang tiba agak lewat ke majlis sidang media anjuran Sony Music Malaysia, sehari sebelum konsert solonya berlangsung.\rSementara itu, mengenai kematian mengejut penyanyi Amy Winehouse, David berkata, dia memang terkejut dengan berita itu kerana Amy masih muda, berbakat besar dan mempunyai masa yang panjang untuk mengekalkan popularitinya. \rMenurutnya, kematian penyanyi British berusia 27 tahun itu kerana pengambilan pil ecstasy secara berlebihan membuatkan dia bertambah terkejut. David berkata, dia akan cuba menjauhi najis dadah kerana ia langsung tidak membawa sebarang faedah.\r“Dadah sememangnya tidak membawakan apa-apa faedah kepada orang yang mengambilnya dan ia hanya akan menyusahkan hidup kita. Saya amat terkejut apabila kehidupannya berakhir dengan cara begini. Saya akan mengingatkan diri supaya tidak terjebak dengan dadah, malah akan menasihati orang yang terdekat dengan saya supaya tidak terjebak sama.\r“Kehilangan Amy adalah satu kerugian besar kerana dia seorang penyanyi yang sangat berbakat. Sehingga kini, saya masih lagi tidak dapat melupakan kejayaan besarnya di Anugerah Grammy beberapa tahun lalu,” katanya.\rAmy ditemui mati di rumahnya di Camden, utara London pada Ahad lalu dan dia memang dikenali sebagai penyanyi yang menghadapi masalah ketagihan arak dan dadah agak kronik.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.361587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list