|
Post Last Edit by rizalrazul at 28-7-2011 17:50
Salam..Korang pernah tgk note RM5 mcm ni tak?..ade tande petak 09. Aku pon tak paham pasal ape, bila belek2 ingatkan cop ke tp bukan...kut2 ade yg pernah dapat note RM5 mcm ni ke kira bukan salah cetak la....
|
|
|
|
|
|
|
|
rase macam prnah dpt duit macam nih..
tapi aku belek2 bawah lampu n konpom duit ori, jadik aku abaikan ajerlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah check mmg bukan kesan org cop..tak sure 09 or 60.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..Korang pernah tgk note RM5 mcm ni tak?..ade tande petak 09. Aku pon tak paham pasal ape, bila ...
rizalrazul Post at 28-7-2011 17:39
geng 09...
ko tak nak ker? meh bagi aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# rizalrazul
kalau bukan orang cop, kesilapan percetakan, itu rare/ collector item. macam RM5 berpalang
harga mungkin meningkat.
elok tanya pada orang yang collect duit lama/ rare/ spesial edition.
kalau dok kl/ sel, pergi amcorp mall hari ahad pagi, sana ramai collector benda macam ni.
kalau tak ambil kisah, kurier pada saya, saya bank RM10 pada anda hhahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DumBell at 29-7-2011 21:41
Reply 8# changkatlobak
Nombor 14
Mula mula dapat jadi tanda tanya, bercop bertanda apa makna, sebelum ini pernah dikeluarkan juga, siri RM 1 dan RM 5, kalau tak percaya cuba semak semula, tanda tertera berbeza beza, bukan buat sendiri tetapi terjumpa, sudah pasti perkara ini ada rahsia, mungkin rakan blog boleh jelaskannya. RM100 siri 11
Prefix CR tapi bukan note RM1…hehe
pic2/3
keratan
Apakah rakan rakan dapat lihat keanihan yang ada pada duit ini. Pelik betul bila ada tanda nombor ” 14 “. Mungkin ada diantara kolektor yang tahu rahsia tersebut dengan sahih atau, ada diantaranya kenal rapat dengan kakitangan Bank Negara. Setakat ini cuba juga bertanya dengan kenalan dari pihak bank..mereka sendiri tidak dapat beri jawapan. Duacongkak tidak mahu sebut satu persatu nama nama bloger kerana sering sangat dimuatkan dalam blog, nanti fed up pula..Siapa yang sudi beri jawapan diucapkan terima kasih. Sebelum ini ada bloger pernah beri komen pada keluaran RM1 dan RM 5. Ternyata kami sependapat bila menyatakanberkemungkinan KOD NEGERI. (Lihat sendiri Kod Negeri dalam IC) CONTOH xxxxxx-01-xxxx Untuk Negeri Johor xxxxxx-23-xxxx Untuk Negeri Perak Tahun 86 xxxxxx-71-xxxx Untuk penduduk tetap XXXXXX-14-XXXX ?? (WP) ?? BERKEMUNGKINAN tu yang tidak berapa gemar…hehe
try tengok link ni>>http://duacongkak.wordpress.com/2010/07/17/rm-100-bercop/
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# DumBell
hohoho
otai bersuara saya mendengar sahajalah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DumBell at 29-7-2011 22:05
tak sabar nak ambil duit 50,20,10,5 sen versi ke-3 tahun ni...harap2 BNM akan keluarkannya cepat2...
Gambar Duit syiling baru | (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia 2012 BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu. Duit siling terbaru ini dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara Malaysia “Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan. Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum. “Ia akan berada dalam edaran bersama dengan siri sedia ada sebelum dikeluarkan secara beransur-ansur Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara. Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling. Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan syiling itu lancar. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DumBell at 29-7-2011 21:53
Reply 10# changkatlobak
alamak ai..saya org baru la kt sini...mintak tunjuk ajar ye.tu copy paste dari blog orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DumBell at 29-7-2011 22:16
tambah info sikit
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran 1.
Reka Bentuk Duit Syiling
Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga
Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu ini adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan
yess..duit RM20.00 kembali |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# muor76
baik aku simpan je kekekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|