CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

Chef Wan puasa di luar negara

[Copy link]
Post time 1-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BERGELAR selebriti yang namanya dikenali tidak hanya di dalam negara tetapi turut diiktiraf di luar negara membuatkan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sentiasa  perlu terbang meninggalkan tanah air tercinta.\rKemeriahan sambutan Ramadan di tanah air juga terpaksa dilupakan seketika kerana dia perlu berada di luar negara selama hampir dua minggu kerana memenuhi undangan menjayakan program di sana. Kali ini, tukang masak popular itu memberitahu akan berada di Wellington, New Zealand.\r\n\n\n\n\rNamun, sesibuk mana pun Chef Wan tidak sesekali melupakan tanggungjawab sebagai selebriti terhadap aktiviti amal apatah lagi pada bulan yang mulia itu.\r\r\n\n\n\n\n “Sebelum terbabit dengan program ini lagi, saya suka membabitkan diri dengan kerja amal. Bagi saya untuk apa kita berkira kerana apabila meninggal dunia kelak, semua harta yang kita miliki akan ditinggalkan juga.\r“Lagipun tidak salah jika kesenangan yang dimiliki dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Saya amat berharap agar selebriti lain juga mempunyai kesedaran yang sama supaya kita dapat membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih pada hari baik bulan baik ini,” katanya yang bersyukur kerana hidup di negara yang aman damai terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.\rSempena dengan perlantikan Chef Wan sebagai duta Watsons, syarikat berkenaan akan mengatur beberapa program bagi membantu Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah yang terletak di Kampung Johan Setia Klang. \rAntaranya setiap 10 sen yang dibelanjakan untuk barangan tertentu di stor berkenaan akan disumbangkan kepada rumah yang menempatkan 50 anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun.\r\n\n\n\n\rManakala pada 17 September nanti, kanak-kanak berkenaan akan diraikan pada majlis rumah terbuka yang turut dihadiri Chef Wan selaku duta. Pada sidang media itu, Chef Wan mengumumkan kerelaannya untuk melakukan kunjungan ke rumah kebajikan berkenaan sekali pun ia tidak berada dalam kalendar penaja.\r“Saya tiada masalah untuk bertemu dengan kanak-kanak ini. Jika pihak pengurusan rumah Al Munirah ingin saya datang ke sana bagi memberi kata-kata semangat, motivasi serta untuk berkongsi kejayaan kepada mereka, saya tiada sebarang masalah.\r“Malah saya dengan rela hati akan memasak juadah berbuka puasa untuk mereka. Jika ia dapat diaturkan adalah lebih baik lagi,” katanya.\rSementara itu Pengarah Kewangan Watsons Malaysia, Low Siew Hui berkata, pihaknya mengambil rumah Al Munirah sebagai anak angkat mereka selama setahun iaitu dari 26 Julai sehingga 25 Julai 2012. \rSepanjang tempoh itu, Watsons tidak hanya menyumbangkan wang semata-mata, sebaliknya mereka akan mengarahkan tenaga kerja untuk menziarah rumah berkenaan setiap bulan bagi meluangkan masa dengan anak yatim berkenaan.\rSelain itu, Watsons akan turut membiayai kelas tambahan bagi penghuni rumah itu, menyediakan pemeriksaan kesihatan secara berkala, memberikan nasihat pemakanan dan menyumbangkan produk penjagaan badan untuk meringankan lagi beban penghuni rumah itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034309 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list