CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Dengarnya...: Tak perlulah ditanya lagi

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DALAM kegembiraan Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza meraih berita melegakan - dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan khalwat oleh Mahkamah Syariah - menjelang hari bahagia mereka September ini, ada insan lain yang masih dikejar untuk mendapat maklum balas daripada bekas isterinya, Abby Abadi. \rTertanya-tanya juga kenapa mesti nak dapatkan komen Abby. Tidakkah ia cuma menyakitkan hati Abby Abadi. Tapi itu kata hati Cik Normah sahaja. \r\n\n\n\n\rSebab dalam hati Cik Normah, kenapa kita cuba mendapatkan pandangan serta mengetahui perasaannya berhubung kes terbabit, selain pernikahan semula lelaki yang pernah dikahwini kira-kira lapan tahun itu.\r\r\n\n\n\n\nBagi Cik Normah sudah-sudahlah. Janganlah ganggu lagi kehidupan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu. Sudah cukup perit dugaan yang ditanggung selama ini. \rLagi pun, Abby atau Norman, masing-masing punya kehidupan sendiri selepas mengambil keputusan untuk berpisah. Jadi tidak perlu kita tanya pendapat mereka jika salah seorang menemui pengganti. Antara Norman dan Abby sudah tidak ada apa-apa ikatan. Jadi, ikut suka hati dia orang, nak kahwin lagi atau apa pun. \rBukan sebab Abby atau Norman sahabat baik Cik Normah kerana kedua-duanya tak kenal pun siapa Cik Normah. Tapi sebagai wanita kita faham perasaannya. Lagi pun, apa perlunya tanya pendapat seorang janda atau duda jika bekas pasangan mereka bertemu jodoh lain. Paling-paling jawapan standard kita peroleh “Saya doakan mereka bahagia”... itu saja.\rRasanya ingatan seperti ini untuk diri Cik Normah sendiri supaya suatu hari nanti tidak terkeluar pertanyaan serupa kepada insan lain yang mengalami keruntuhan rumah tangga. Iyalah, banyak lagi cerita lain yang boleh dikorek. \r\n\n\n\n\rLagi pun, soal jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Kalau setakat melapor artis bernikah, berpisah memang biasa, tapi kalau sampai nak selongkar isi hati bekas teman hidup bakal berkahwin semula rasanya tidak perlu.\rMalah dalam kes Abby dan Norman ini Cik Normah nampak pasangan artis lain yang sudah berpisah tidak pula berdepan situasi seperti itu. Biarlah Abby dan anak-anaknya menjalani hari mereka dengan tenang, tambahan lagi sepanjang Ramadan ini. Kalau Cik Normah di tempat Abby pun, Cik Normah tidak mungkin sekuat itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list