View: 6175|Reply: 8
|
MAKANAN YANG BERKHASIAT UNTUK KAUM WANITA...
[Copy link]
|
|
MAKANAN YANG BERKHASIAT UNTUK KAUM WANITA...
Daging kerbau- Disebabkan keluar darah haid pada setiap bulan, wanita akan cenderung untuk berasa lebih lemah berbanding lelaki. Ketika proses ini, kandungan zat besi dalam darah wanita akan berkurangan. Ianya boleh
menyebabkan seseorang wanita itu akan mengalami keletihan yang amat teruk. Dan untuk mendapatkan semula kandungan zat besi yang diperlukan, daging kerbau adalah sumber yang terbaik. Daging kerbau tanpa lemak merupakan diet makanan paling baik untuk wanita. Ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan berat badan.
Betik- Betik mempunyai 2 kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Ianya dapat membantu untuk mencegah daripada penyakit hempedu, yang rata-ratanya lebih banyak menimpa wanita berbanding lelaki. Setelah menganalisis darah lebih dari 13.000 orang wanita, saintis dari University of California, San Francisco, mendapati bahawa wanita yang memiliki kadar vitamin C yang rendah lebih cenderung memiliki penyakit hempedu. Satu buah betik yang bersaiz sedang (sekitar sepuluh ons), mengandungi 188 mg vitamin C dan hanya 119 kalori, ianya merupakan sumber vitamin yang terbaik.
Tofu- Makanan ini mengandungi kandungan protein soya yang tinggi, dan dapat membantu untuk meminumkan kesan monopause, menguatkan tulang dan mengurangkan kolesterol. Kandungan bahan kimia yang ada di dalam soya yang dipanggil isoflavones mempunyai struktur serupa dengan estrogen, adalah bahan yang membantu untuk menguatkan tulang. Selain daripada itu juga, kandungan 50-76 mg isoflavones dapat membantu untuk mengurangkan kesan monopause. Setengah cawan tofu mengandungi sekitar 25 sehingga 35 mg isoflavones.
Sayuran hijau- Sayuran ini dapat membantu untuk memerangi osteoporosis, yang menimpa ramai wanita di akhir hidupnya. Selain mendapatkan jumlah kalsium dan vitamin D yang cukup, beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin K mempunyai kesan pelindung tulang juga. Berdasarkan keputusan dari salah satu kajian mengenai wanita, penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengambil makanan yang cukup vitamin K(minimum 109 mikrogram dari vitamin harian) adalah 30 peratus lebih kecil kemungkinan untuk mengalami patah tulang pinggul selama sepuluh tahun berbanding wanita yang tidak memakannya. Para penyelidik menunjukkan bahawa sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti sawi, bayam, brokoli adalah sumber terbaik untuk vitamin. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita kurang gemar sayuran hijau digantikan ngan pil @ kapsul vitamin...sama x khasiatnya? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..kite x suka daging kerbau ngn tofu..sayur ok la..leh makan |
|
|
|
|
|
|
|
daging kerbau kalau dah di masak telan je...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita kurang gemar sayuran hijau digantikan ngan pil @ kapsul vitamin...sama x khasiatnya?
diss69 Post at 5-8-2011 09:50
tak sama kak. sebab dalam sayur ada fiber aka serat tuk membantu sistem pembuangan akak.
walaupun dari segi nutrisi vitamin lagi tinggi sebab sayur ni kebanyakannya da hilang nutrisi bila di masak lama sampai lembik pastu kena makan dalam kuantiti yang banyak untuk dapat khasiat dia.
tapi still kena makan jugak sayur ni esp sayur hijau, kang sembelit kang susah oo.. nanti preggy nanti lagi tewok oo sembelit, jadi buasir lak kang |
|
|
|
|
|
|
|
BETUL TU ajim_encem
AKU SETUJU NGM KO... |
|
|
|
|
|
|
|
x penah mkn daging kerbau...
yg lain2 mmg makan.... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...kita xmkan tofu syur hjau yg xmkn sawi...phit... |
|
|
|
|
|
|
|
daging kerbaU ngn daging lembU pn x taw nk beza...
men belasah jek...layannnn...
sayur pn ok gak,ulam2 pOn telan..
hihihi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|