CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 17

Bisnes, Kereta & Imej

[Copy link]
Post time 8-8-2011 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Salam all,

Tak tau la topik ni dah ada ke belum...cuma aku nk luahkan perasaan dan pendapat aku je la kan...tentang bisnes dan kereta...

Perasan x kalau org berniaga ni kete paling penting.....tgk MLM ke, in fact apa2 bisnes pun bila nak tunjuk dia dah berjaya, tayang kereta...BMW..MERC....mesti cam ni lah.....

Akupun tergolong dlm golongan usahawan juga....tapi boleh tak aku kata yg kadang2 aku naik menyampah dgn cerita kereta2 ni??.....kadang2 terlampau...

Memandangkan ini forum usahawan, apa kata kita cerita pasal bisnes & kereta ni??....tak de ke contoh yg lebih baik ke utk menunjukkan seseorang tu dah berjaya??...

Ada komen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 12:18 PM | Show all posts
duit ade, beli la kereta
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 03:36 PM | Show all posts
apabila kita dah berada di suatu tempat ala-ala tinggi, kita akan diberikan ujian dengan kehendak dan nafsu untuk memiliki sesuatu yg 'orang lain tak mampu beli' = "aku ada byk duit, ko ada?" dgn alasan 'aku dah kerja keras, aku patut reward diri dgn beli benda2 mcm tu'

aku doakan diri aku mudah-mudahan tak jadi mcm orang bisnes dan kereta/brg2 branded yg dibeli sekadar untuk memenuhi nafsu dan kepuasan diri

tapi kalau hatiku dah dibolak-balikkan suatu hari nanti, wallahualam, semoga aku diberikan kesedaran sebelum aku ditanyakan ke mana aku alirkan rezeki yg aku dapat
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:11 AM | Show all posts
1. sbb cth yg diberi adalah orang MLM - so akak nak cakap sebab ni memang betul...

kereta2 besar yg orang MLM bawak tu - keter yg dipinjamkan oleh sykt - kononnya bukti krn berjaya dlm bidang tersebut... tak caya..... ambik registration no.. pergi JPJ ... check... @ contact balik orang MLM yg 3 tahun lepas cuba nak sign kita, tanya dia balik mana keter tu.

2. selain dari org MLM - kalau usahawan biasa ni ada 2 jenis:-

a. itu kereta idaman dia, cth akak pun ada impian nak memiliki sejenis kereta - bukan krn ia klasifikasi keter mewah tapi sbb bila bawak keter jenis continental ni memang "fuhhh" selesa habis - so lepas penat lelah berusaha, ada duit lebih tu, tak salahkan kalau memenuhi impian... kurang2 ia adalah penanda aras kita telah berjaya - (masih belum berjaya nih!! sbb plan nak beli keter tu cash!!!...)

b. jenis ni jenis BIAR PAPA ASAL BERGAYA - sebab dia pegang title usahawan, baru ada duit lebih sikit - dah start melaram - ni yg kena berjaga ni... keter ni kurang2 7 tahun nak selesai bayar.. confident ker dalam masa 7 tahun tu business kita tak goncang2... ada tu pegang falsafah ... nak rasa sebelum mati...

keter mewah ni - kalau kita mampu - tak salah rasanya..

macam tuna tulis, jgn sampai ditanya - apa yg kita buat dgn rezeki yg diberiNya... ingat 1/40 dari rezeki yg Allah beri milik orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:53 AM | Show all posts
Tak salah beli kereta mewah..bg aku, sbg lambang kepuasan hati  setelah menjerih mata mengadap chart candlestic pagi petg siang malam..dpt untung, after saving, spent la

espescially kepada usahawan yg kerja2 berat..lagilah berbaloi2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 03:04 PM | Show all posts
kata mereka...cerita projek juta-juta...tapi setakat bawak proton tiara.... ada orang nak percaya ka? sebab itu kereta mesti Merc.... dok rumah flat pun tak pe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 09:13 AM | Show all posts
ooo... jangan salah sangka... keter tiara tu supaya tak kena POW!!

padahal kat rumah berderet keter --- harga keter sama taraf dgn harga bungalow!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:42 AM | Show all posts
kereta pelu dianggap sbg liability. bukan aset.
mengikut pemerhatian aku, ramai2 tokey2 (esp chinese) kalau belum millionaire, diorg blasah city ngan vios je. agak2 dah time banyak rosak (maintainance tinggi), trade-in amibk city n vios baru tanpa belas kasihan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 10:27 AM | Show all posts
belum masuk golongan usahawan berjaya lg..tp ada nampak la depan kepala sendiri..belum lg bergelar 'ratusribuwan' dah berlagak dengan kereta mewah. Lps tu bisnes bukan selalu nak naik. Taun lepas nak bayar roadtax pon tak berapa nk lepas..hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:51 PM | Show all posts
bagi aku, tak salah untuk memiliki kereta mewah kalau mampu...

tapi yang penting, sifat rendah diri kena ada...buang sifat sombong...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:00 PM | Show all posts
tak de ke contoh yg lebih baik ke utk menunjukkan seseorang tu dah berjaya??...

leni Post at 8-8-2011 12:03


ada contoh yang lebih baik...

antaranya...

sentiasa memberi sedekah...

membina masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:16 PM | Show all posts
emmm di zaman sekarang nih org memandang kebendaan... that y usahawan kene pki kereta mewah kot... (mmg tak mampu la nak pki keter besor tp kalau dapat alhamdullilah!)
kadang2 tuh sakit hati bila org tak layan kita disebabkan kita bawa kancil.... (pernah terkene cam nih!! )
cuba klu kita bawa brabus... confirm2 belom sempat turun keter dorang dah tolong bukakan pintu..
betol tak?? and 1 lagi klu kita tak bergaya... ala2 serabai sikit.. and klu perempuan tak pakai handbag mahal... confirm org tak pandang kita.... betol tak??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:11 PM | Show all posts
Aku makan gaji dan juga usahawan. Lepas grad naik perodua jek sampai skang (tu pun take over keta kakak).. dah lima tahun. Hati mmg teringin giler nak tukar keta, Honda Civic idamanku. Tapi aku selalu pk banyak kali. Duit bayar keta tu amat berguna untuk bangunkan bisnes aku. Sampai skang aku tangguhkan niat nak tukar keta. mampu berangan jek.
Skang ni aku dah tukar niat. kalau nisnes maju skit, aku nak beli rumah kedua untuk investment dulu. Bagi sewa kat Shah Alam ni. Berbalik pada isu keta.. hanya mampu melawat showroom jek. Tapi kekadang hati terdetik nak 'ek' gak. Maklum la, keje dah stabil.. meniaga plak tu. Parking keta besar sure nampak class. Tapi fikir.. fikir dan fikir.. insyaallah kalau ada duit lebey, dan rasa dah taktau nak buat apa ngan duit tu, sambar terus le accord! Huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:34 AM | Show all posts
macam asben saya, setakat ni tak delah beria-ia nak berkereta mewah walaupun projek banyak masyuk. nak tukar pun sebab kereta kecik dia tu dah banyak masalah sebab bawa banyak berjalan dan kadang2 bawa mesin berat2. nak tukar pun setakat vios atau yang jenis hybrid.
bisnes partner dia chinese. hari tu ada jugak plan nak tukar alfa. tapi tak jadi, beli rumah je dulu. still pakai vios jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 03:30 PM | Show all posts
Kereta mewah adalah lambang kejayaan seseorang .Kepuasan memiliki aset  mewah adalah sebagai contoh positif kepada yang lain. Yg penting niat utk sentiasa berminda kejayaan yg positif.Nilaikan secara positif kerana yg penting pencarian rezeki itu halal.  PEACE!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 12:15 PM | Show all posts
actually dif ppl dif style..ade yg suke tunjuk kemewahan melalui kereta...ade yg prefer property...tapi if mampu apa salahnye...jgn bergadai bergolok sudahh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by abg_f at 29-8-2011 16:40

ialah kalau mampu apasalahnya ....mcm kawan aku biz besar....dan aset dah berjuta2   taksalah kalau rega keta yang dia pakai tu lebih 1m
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.077486 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list