View: 167|Reply: 0
|
Dengarnya... Berbuka lebih awal di restoran terkenal
[Copy link]
|
|
SEMALAM, ketika Cik Normah sibuk membeli juadah berbuka puasa di kafe pejabat Cik Normah ni, datang seorang teman yang boleh tahan kecohnya, tetapi tidaklah sehebat Sherry Kepoci. Si gadis yang masih solo bernama Lin itu minta Cik Normah tegur sikit pengusaha sebuah restoran yang boleh dikatakan agak terkenal juga. Bukan apa, katanya sebab restoran itu tidak peka dengan waktu berbuka puasa.\rKisahnya begini, baru-baru ini dia menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan sebuah syarikat di restoran terbabit. Boleh tahan ramai juga tetamu yang hadir. Memang juadah cukup mewah siap dengan aneka jenis manisan. Layanan tuan rumah yang mesra menyambut tetamu juga membuatkan mereka yang datang rasa diraikan.\r\n\n\n\n\rTetapi, yang membuatkan hati Lin bengkak ialah sikap tidak bertanggungjawab pengurusan restoran yang menyiarkan azan maghrib lebih awal, gara-gara memasang saluran radio negeri lain. Kalau ikutkan, negeri berkenaan memang berbuka lebih awal beberapa minit berbanding Lembah Klang. Cerita Lin lagi, sebaik saja azan kedengaran, ramailah yang mula menjamah juadah di atas meja.\r\r\n\n\n\n\nNamun tiba-tiba seseorang mengumumkan waktu berbuka belum masuk sebenarnya. Apa lagi terpinga-pinga tetamu yang memenuhi restoran, malah mereka yang sudah makan terus berhenti menyuap. Tuan rumah iaitu pengelola majlis pun termalu dek insiden itu. Memang tidak disengajakan, tetapi ini soal yang perlu diperincikan. Janganlah sesuka hati menyiarkan azan jika belum masuk waktu.\rSekali pun perkara itu disebabkan kecuaian kakitangan, pengusahanya wajar juga dipertanggungjawabkan. Kerap ingatkan petugas supaya kejadian sama tidak berulang semula. Restoran itu menjadi tumpuan ramai, kecuaian seperti ini agak besar kerana membabitkan ibadat orang. Lin harap pengusaha lain turut mengambil iktibar daripada peristiwa ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|