Post Last Edit by bErtEnEt at 14-8-2011 21:54
dipetik dr Utusan Malaysia
Kapal kedua MISC sertai operasi Teluk Aden 14/08/2011 2:33pm
LUMUT 14 Ogos – Kapal kedua Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang beroperasi sebagai kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Laut Aden berlepas semalam dari pangkalan TLDM di sini. Kapal Bunga Mas 6 (BM6) menyertai misi Operasi Fajar 10/2011 bagi mengiringi kapal-kapal dagang negara dari ancaman lanun di perairan Teluk Aden. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, BM6 dilancarkan pada 8 Ogos lepas di limbungan Malaysian Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE), Pasir Gudang, Johor. BM6 diketuai oleh Komander Ahmad Nazri Sharif sebagai Pegawai Memerintah manakala anak kapal terdiri daripada 49 orang anggota pasukan khas atau pasukan elit gabungan anggota dari pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kapal MISC yang telah diserapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM. BM6 yang dijangka tiba di kawasan operasi pada 21 Ogos, akan beroperasi di sana selama tiga bulan, kata Abdul Aziz. — Bernama
dipetik dr laman web navy ( http://www.navy.mil.my/index.php/component/content/article/34-news-news/601-kapal-auxiliary-tldm-bunga-mas-enam-terus-membawa-misi-melindungi-kapal-kapal-negara-di-teluk-aden)
Maklumat Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS ENAM a. Owner - MISC Berhad b. Port of Registry - Port Klang c. Builder - Malaysian Shipyard and Engineering d. Hull Number - 6 e. Date Launched - 1 Aug 96 f. Date of Delivery - 22 May 97 g. Type of Ship - 699 TEUS Container Carrier h. Length - 132.8 meter i. Breadth - 22.7 meter j. Gross Tonnage - 8,957 tonnes k. Net Tonnage - 3,158 tonnes l. Main Engine - MDE Sulzer 5RTA52U m. Speed - 17 knots n. Cruising Range - 9,000 Nm o. Tank Capacity: (1) Heavy Fuel Oil Tank (used for cruising) - 540 tonnes (2) Marine Diesel Oil Tank (used for generator) - 50 tonnes (3) Cylinder Oil Tank - 11,000 ltrs (4) Fresh Water Tank - 980 tonnes p. Fresh water making system: (1) Alfa Laval Evaporator (2) Average daily making rate - 8 tonnes q. Endurance - 21 days |