CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8753|Reply: 0

Tips Ruang Balkoni Dan Laman

[Copy link]
Post time 19-8-2011 10:39 AM | Show all posts |Read mode









Kehadiran  sebuah taman hijau yang kecil di kediaman mendekatkan anda dengan alam  semula jadi. Peranannya untuk mengurangkan ketegangan minda dan mampu  menjadi terapi yang menenangkan. Ruang tanah yang sempit atau balkoni  bersaiz kecil jangan dipersia-siakan. Berikut adalah beberapa tips untuk  membina halaman kecil dan balkoni menarik.





*  Walaupun ruang kecil, anda masih boleh mewujudkan elemen air pada  halaman atau balkoni. Caranya ialah dengan memilih binaan bersaiz kecil.  Untuk diletakkan di bahagian balkoni, anda perlulah memilih elemen  daripada material plastik atau kayu yang tidak terlalu berat.


* Elakkan memilih peralatan seperti kerusi halaman atau buaian yang bersaiz dempak.







* Pilihlah tanaman berpasu yang kecil agar balkoni atau halaman tidak nampak sesak namun masih kekal menarik.





*  Pasu gantung adalah alternatif terbaik sebagai hiasan di ruang balkoni  yang sempit. Ia menjimatkan ruang untuk menempatkan pasu-pasu yang  bersaiz besar.


Penggunaan rak juga dapat menjimat ruang sempit balkoni


SARANAN HIASAN:


-  Berkreatiflah dengan mewujudkan suasana dramatik di waktu malam di  balkoni kecil anda. Pasangkan lampu pada bahagian belakang pasu-pasu  atau 'water feature' anda. Bayang-bayang yang terhasil akan mewujudkan  mood yang menarik dan 'cosy'.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.040127 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list