CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2398|Reply: 7

UFO didakwa mendarat di Siberia

[Copy link]
Post time 3-9-2011 08:39 AM | Show all posts |Read mode

KLIP video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan) berjalan keluar selepas piring terbang mereka mendarat.



IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.
Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.
Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.
Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.
“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.
“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.
Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.
Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit.
Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.
Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.
Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.
Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 kilometer sejam pada altitud 19,812 meter.
Pada April lalu dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.
– Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2011 08:40 AM | Show all posts
Pihak tentera boleh mengesahkan bahawa tiada aktiviti ketenteraan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:19 AM | Show all posts
mana klip youtubenya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:19 PM | Show all posts
biler lak alien alien ni nak melawat malaysia???
asik pi negara negara sejuk jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 12:36 AM | Show all posts
kenapa alien asyik melawat belah2 negara sejuk jer?

alien ni x tahan panas ke?

napa x penah dgr alien ni mai melawat negara asia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 02:15 PM | Show all posts
t~pooooooo... 90% bedio from utube not au·then·tic especialy bedio from Michael Cohen <-Ready...Aim...Fire (is a liar)
nah bedio


sos:siberian ufo??
----->bngkai alien
----->propa bngkai alien
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2011 11:06 PM | Show all posts
kat cerok tok kun n kat alor janggus tak penah nampak pun ufo? apasal dok nampak kt tempat omputih jer? ker alien ni suke kt org jenis kaukosen nih? al-maklum lah semua hidung mancung2 n putih lak tuh.... kesian org kat afrika nun tak dapat tgk ufo....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:04 PM | Show all posts
naper aku susah nak cayer??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057474 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list