CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 1

Ratu Universe 2011 dituduh palsu dokumen

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES: Kemenangan wakil Angola, Leila Lopes yang dinobat Ratu Universe 2011 mungkin menjadi detik memalukan selepas dia dituduh menipu untuk menyertai pertandingan itu.\rLopes yang memenangi gelaran ratu di England, dituduh memalsukan dokumen untuk menyertai pertandingan itu.\r\n\n\n\n\rMenurut penerbitan Argentina, Infobae, Lopes dibenarkan menyertai pertandingan Miss Angola untuk warga Angola yang menetap di United Kingdom. \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun menurut laporan media berkenaan, Lopes tidak pernah tinggal di luar Angola.\rInfobae mendakwa, lelaki dikenali sebagai Charles Mukano mengubah dokumen menjadikan Lopes penuntut pengurusan perniagaan di Universiti Britain yang melayakkan dia menyertai pertandingan Miss Angola.\rMalah, media Argentina itu turut memetik laporan media Angola yang menuduh Mukano berkemungkinan merasuah juri di England untuk membantu kemenangan Lopes.\rLaporan AOL Latino pula menyatakan, pegawai pertandingan Ratu Universe menafikan bahawa mereka mengenali Mukano.\r\n\n\n\n\rMajalah itu turut menerima komen daripada pegawai Ratu Universe berkenaan khabar angin mengenai tuduhan terhadap Lopes.\r“Kami turut mendengar khabar angin bahawa ibu bapanya berasal dari Cuba dan kebolehannya berbahasa Sepanyol, juga palsu,” kata penganjur. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 11:57 AM | Show all posts
yekeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.069950 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list