|
7 juta penduduk Sindh terjejas perlu makanan, khemah\rKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Pakistan menggesa rakyatnya dan pihak lain yang bersimpati di negara ini menderma makanan dan keperluan asas lain bagi membantu lebih tujuh juta penduduk yang terjejas akibat banjir di wilayah Sindh.\r\n\n\n\n\rAntara barangan yang disenaraikan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Pakistan bagi membantu mangsa banjir terbabit ialah biskut, khemah keluarga (untuk keadaan biasa dan musim sejuk) serta selimut.\r\r\n\n\n\n\nKeperluan bantuan itu disuarakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Kha-lid, kepada media di sini, semalam.\rTurut diperlukan ialah hamparan plastik, kelambu, alat dan tablet penyulingan air, ubat-ubatan serta alat kebersihan diri, katanya.\rBeliau berkata, suruhanjaya itu juga membuka akaun ‘Prime Minister\'s Flood Relief’ dengan Affin Bank dan derma boleh disalur menerusi akaun bernombor 20-002-065872-4.\rBanjir kali ini dilaporkan sudah meragut nyawa lebih 300 orang selain menyebabkan kerosakan dan kemusnahan 1.4 juta kediaman.\r\n\n\n\n\rAgensi berita Reuters melaporkan, masalah disebabkan bah sama seperti tahun lalu apabila berjuta-juta warga Pakistan dilanda banjir besar pada Julai dan Ogos hingga memaksa tentera menyelaras operasi bantuan.\rKali ini, hampir dua juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah di Sindh kerana banjir yang melanda sejak lewat Ogos lalu.\rDi Islamabad, Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani, berkata kerajaan akan berusaha keras untuk membantu 7.3 juta penduduk yang terjejas kerana banjir terbaru. – BERNAMA/Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|