CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Kajang, Cyberjaya bakal berkembang

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Infrastruktur, jalan raya tingkat nilai hartanah\rHARTANAH di kawasan sekitar Cyberjaya dan Kajang dijangkakan mengalami peningkatan paling pantas dari segi harga dalam tempoh 18 bulan akan datang berbanding kawasan lain di Lembah Klang, kata firma penganalisis hartanah, CB Richard Ellis Malaysia Sdn Bhd (CBRE).\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Allan Soo, berkata berdasarkan kaji selidik firma itu, faktor yang menyebabkan peningkatan nilai hartanah di kawasan itu adalah susulan tersedianya infrastruktur serta akses jalan rayanya yang mantap.\r\r\n\n\n\n\n  “Diperhatikan syarikat hartanah utama tempatan sedikit demi sedikit mula membanjiri kawasan sekitar Kajang dan Cyberjaya. Kami menjangkakan kawasan berkenaan akan berkembang lebih pantas berbanding tempat lain di Lembah Klang bagi tahun ini dan tahun depan,” katanya.\rBeliau berkata demikian ketika membentangkan laporan kaji selidik hartanah suku ketiga Lembah Klang pada majlis makan tengah hari anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.\rSoo berkata, nilai hartanah di kawasan berkenaan, khususnya Cyberjaya berpotensi meningkat lebih tinggi jika pusat beli-belah dibina di situ.\r“Kami menjangkakan pusat membeli-belah akan dibina di situ jika nisbah kependudukan di kawasan berkenaan bertambah. Ia mempunyai daya tarikan dari segi kelancaran perjalanan ke situ iaitu sekitar 20 minit saja dari pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Pengerusi Eksekutif CBRE, Christopher Boyd, berkata secara keseluruhannya nilai hartanah di Lembah Klang sudah melepasi paras kemuncaknya sebelum krisis kewangan global tiga tahun lalu, namun ia akan masih meningkat pada kadar terkawal.\r“Kita akan lihat harga hartanah terus meningkat sehingga tahun depan, tetapi tidak terlalu cepat seperti beberapa tahun sebelum ini. \r“Peningkatan nilai hartanah akan menjadi kurang agresif selepas ini dan kami juga tidak menjangka berlakunya letusan gelembung hartanah di Lembah Klang,” katanya.\rLaporan kaji selidik itu mendapati, setakat suku ketiga tahun ini, ada 1.71 juta unit kediaman dibina di Lembah Klang.\rSecara purata, saiz isi rumah di Kuala Lumpur adalah 3.72 orang bagi setiap rumah manakala di Selangor pula 3.93 orang. \rKaji selidik itu mendapati, bekalan unit kediaman di Lembah Klang juga dijangkakan berkembang kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang, namun pemaju dilihat akan lebih banyak membina unit yang lebih kecil di lokasi lebih baik.\rBoyd berkata, nisbah stok unit perumahan yang dibina di Lembah Klang kepada jumlah penduduk adalah lebih tinggi daripada Hong Kong dan Singapura, namun permintaan pasaran yang tinggi dapat menyerap bekalan tambahan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046974 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list