|
Syarikat sedang runding tawaran Hun Sen ketika melawat Malaysia\rFELDA yang kini memiliki dua ladang di Indonesia, sedang menimbang membuka ladang di Kemboja dalam usaha mengembangkan lagi operasinya di luar negara.\r\n\n\n\n\r Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, berkata pihaknya kini sedang berunding dengan pihak berkaitan di Kemboja selepas mendapat tawaran untuk membuka ladang seluas kira-kira 161,800 hektar di negara itu.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, FELDA telah diberikan dokumen dan butiran yang diperlukan serta hasil kajian oleh beberapa organisasi mengenai potensi langkah berkenaan, untuk dipertimbangkan.\r“Saya percaya kita akan melihat tawaran itu kerana ia adalah satu peluang yang baik,\" katanya di Yangon, Myanmar, semalam.\rIsa berkata, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang melawat Malaysia sebelum ini mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya FELDA membuka ladang di negara itu.\rBeliau berkata, FELDA akan melihat kesesuaian tanaman yang boleh diusahakan, sama ada sawit atau tanaman lain.\r\n\n\n\n\rSalah satu daripada ladang FELDA di Indonesia diusahakan secara bersama dengan Lembaga Tabung Haji, manakala satu lagi diusahakan dengan syarikat tempatan.\rIsa berkata, FELDA juga sedang berusaha untuk meningkatkan jualan produk keluarannya ke seluruh dunia.\r“Sebagai contoh, kita telah mempunyai kilang di Turki bagi menembusi pasaran di Eropah Timur,\" katanya, sambil menyatakan FELDA juga sedang melakukan usaha yang sama di Afrika tanpa memberi penjelasan lebih terperinci mengenai perkara itu.\rLangkah itu, katanya, bertujuan menambah bilangan pasaran produk keluarannya yang kini menembusi pasaran 13 negara di seluruh dunia.\rSecara keseluruhannya, beliau berkata, FELDA mencatatkan jualan kira-kira RM16 bilion setahun melalui pengeksportan kira-kira tiga juta tan minyak sawit ke seluruh dunia. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|