CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Maybank mahu kembang operasi syariah capai satu pertiga 2015

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) berhasrat mengembangkan operasi pembiayaan Islamnya sehingga mencapai satu pertiga daripada keseluruhan operasinya menjelang 2015. \rPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata sehingga Jun lalu operasi pembiayaan syarikat perbankan itu meningkat kepada 27 peratus.   \r\n\n\n\n\r  \"Selaras matlamat kami untuk meningkatkan operasi perbankan Islam bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh rantau Asean, dan \'progress\' kami amat baik. \r\r\n\n\n\n\n   “Kejayaan Maybank meningkatkan operasi pembiayaan Islamnya itu disebabkan kepelbagaian produk yang mematuhi syariah, berinovasi dan memenuhi kehendak lapisan pengguna,\" katanya kepada pemberita selepas majlis Korban Perdana Maybank 2011/1432 Hijrah yang disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek di Kuala Pilah, semalam.\rAbdul Wahid berkata, sehingga tahun kewangan berakhir Jun 2011, Maybank mempunyai aset terkumpul sebanyak RM66 bilion meningkat 49 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu lebih RM40 bilion. \rMengenai majlis korban itu, Abdul Wahid berkata, ia berlangsung serentak di beberapa lokasi operasi Maybank di Malaysia serta di  luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei dan Kemboja.  \rKatanya, melalui program ini, Maybank Islamic menyumbang 41 lembu untuk dikorbankan pada sambutan Aidiladha tahun ini.  – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.619607 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list