CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Tidak cemburu

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gembira rakan sekolah bergelar pelakon\rTIGA tahun memperjudikan nasib dalam dunia lakonan, Faralyna Idris, 20, baru sekarang barulah bakatnya mula disedari ramai selepas membintangi drama bersiri Asmara.\r\n\n\n\n\rLebih mengejutkan gadis manis ini apabila namanya dicalonkan sama pada peringkat awal dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. \r\r\n\n\n\n\nNamun pelakon peramah yang senang membahasakan dirinya sebagai Fara ini sedar, dia perlu bersaing dengan ramai lagi artis wanita baru yang popular. Justeru, dia yang turut memegang watak kecil dalam filem Klip 3GP enggan menaruh harapan untuk memiliki trofi yang menjadi rebutan ramai itu.\rDia cukup maklum, Neelofa, Tasha Shilla, Izara Aishah dan pesaingnya yang lain memang mempunyai pengikut yang ramai. Tetapi, semua itu sedikit pun tidak membuatkan terbit di hatinya rasa cemburu.\rKategori Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2011 dianggap sengit kerana walaupun dianggap baru tetapi 20 calon yang tersenarai itu dianggap mempunyai populariti tersendiri sehingga mungkin menyukarkan peminat untuk memilih lima nama ke peringkat seterusnya. \rMereka ialah Anzalna, Arrora Salwa, Bkay Nair, Chomell Fana, Eina Azman, Eyka Farhana, Faralyna Idris, Fina, Iqa, Izara Aishah, Izreen Azminda, Kilafairy, Cristina Suzanne, Lena, Melia Aimellia, Miera Leyana, Najwa Latiff, Nadiya Nisa, Neelofa, Nera, Nur Fathia, Salma, Sara Ali, Sharifah Sakinah dan Tasha Shilla.\r\n\n\n\n\r“Saya mengenali Tasha sejak zaman sekolah, dan saya juga mengenali Neelofa. Kami semua berkawan. Jadi tidak tersimpan perasaan cemburu apabila melihat mereka lebih berjaya dalam bidang seni. Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka dan akan sentiasa menyokong kerjaya seni rakan saya itu. \r“Perjalanan saya dalam dunia lakonan masih jauh lagi. Saya tidak mampu untuk mengejar populariti kerana perkara itu memerlukan satu masa yang panjang untuk dikecapi. Apatah lagi saya menyertai dunia ini untuk mencari rezeki. Lakonan ialah satu kerjaya yang saya pilih sendiri.\r“Tetapi seandainya terpilih ke peringkat seterusnya dalam ABPBH, saya bersyukur dan menganggap ia sebagai rezeki. Seperti saya katakan, saya melihat Neelofa lebih ke depan kerana dia lebih dikenali,” katanya yang mula menceburi dunia lakonan pada usia 17 tahun menerusi episod Kisah Kaisara arahan Aziz M Osman.\rSejak itu juga dia sering didatangi tawaran lain.\rIbu Diana pendorong kerjaya\rSELEPAS membintangi drama bersiri Asmara, Faralyna akui ramai peminat mula menyedari kehadirannya. Anak kedua daripada tiga beradik ini turut menegaskan, sebuah karya yang dapat memberi impak seperti drama bersiri Asmara, amat penting buat pelakon sepertinya.\rDia sendiri tidak menyangka drama bersiri yang turut dibintangi Shah Jaszle dan Faezah Elai itu boleh meletup dalam sekelip mata. Bahkan, rezekinya juga semakin mencurah-curah selepas membintangi drama arahan Heykal Hanafiah. \rBagaimanapun, mungkin kerana drama yang dibintanginya selepas itu tidak disiarkan pada waktu perdana, namanya dilihat seakan sepi. Walhal kata Faralyna, dia tidak menang tangan menerima tawaran demi tawaran. Antara drama dibintanginya ialah Sutera Cinta, Kampus Belia dan Kali Kedua.\rDia juga baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Dingin Lavender untuk slot Zehra di Melbourne, Australia. Drama yang turut dibintangi Eira Syazira dan Zarina AF itu mula menemui penonton bulan ini.\r“Saya sendiri tidak menyangka Asmara memberikan kesan sebegitu besar kepada semua orang. saya mengaku, pelakon memerlukan satu cerita yang boleh memberikan impak. Ada juga skrip cerita yang bagus, tetapi tidak mendapat perhatian daripada penonton,” katanya yang menceburi bidang lakonan atas saranan ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli.\rMengimbau kembali pembabitannya dalam dunia lakonan, kata Faralyna, dia harus berterima kasih kepada Norsiah kerana dia yang membuka ruang kepadanya melangkah dalam bidang ini.\r“Selepas ibu meninggal dunia, saya tidak mampu membayar yuran pengajian kerana saya bersekolah swasta. Oleh kerana malu tidak mampu membayar yuran, saya ponteng sekolah hampir sebulan. \r“Kebetulan Danielle rakan sekolah saya. Ibunya yang menyarankan saya mencuba dunia lakonan. Saya berterus terang padanya, saya tidak betah bergelar pelakon, tetapi dia minta saya cuba juga. Dia turut meminta Along (Aziz M Osman) uji bakat saya. Tak sangka pula dia sukakan bakat saya, lalu melamar saya untuk Kisah Kaisara. Sejak itu, wang lakonan saya gunakan untuk menyara bapa dan adik,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059014 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list