View: 144|Reply: 0
|
'Kepemimpinan PSM tidak miliki jiwa'
[Copy link]
|
|
Tindakan mereka bergantung hidup atas takraw faktor utama kemerosotan sukan itu: Salim\rTINDAKAN pemimpin Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang mencari keuntungan dan bergantung hidup atas sukan tradisi itu menjadi faktor yang menyumbang kepada kemerosotan dan keaibannya termasuk di Sukan SEA XXVI, bulan lalu.\r\n\n\n\n\r Pandangan itu disuarakan bekas perejam negara, Salim Yusof, 52, yang berpendapat kepemimpinan badan induk itu sebenarnya tidak memiliki jiwa dan semangat sejati dalam membangun serta memajukan sukan berkenaan. \r\r\n\n\n\n\n “Mereka menjadikan PSM seperti parti politik dan jika kepimpinan sedia ada terus ‘bergayut’ dengan jawatan masing-masing, percayalah sukan tradisi kesayangan kita ini tidak akan ke mana-mana, sebaliknya akan terus tenggelam. \r“Jadi, lebih baik mereka berundur secara terhormat dan memberi peluang kepada muka baru yang ada idea lebih segar untuk memacu dan membangunkan sukan tradisi ini,” katanya yang pernah beraksi bersama ‘Raja Sepak Takraw’ Adnan Saidin dalam skuad kebangsaan pada 1979 hingga 1987.\rSalim berkata, dia percaya sepak takraw negara tidak akan diaibkan hari ini jika kepimpinan PSM memiliki program pembangunan terancang di peringkat sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT). \r“Apa yang mereka lakukan dalam membangunkan dan memajukan sepak takraw? Bagi saya tiada langsung dan pertandingan pula sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Mereka hanya mahu keputusan mendadak tanpa mahu buat kerja dan berusaha.\r\n\n\n\r“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku hari ini dan pernah menyuarakan pandangan bagi membantu membangunkan sukan ini, tetapi malangnya PSM melihat saya dan bekas pemain lain sebagai penentang mereka,” katanya yang kini menjadi Pegawai Belia dan Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|