|
Kegagalan di Sukan SEA dedah belang sebenar mereka: FutraTINDAKAN kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang cuba mengalih tumpuan dengan menegaskan mereka tidak patut dipersalahkan kerana beberapa sukan lain turut gagal membawa pulang emas dari Sukan SEA XXVI bulan lalu, membuktikan mentaliti sebenar badan induk itu.Adakah mereka tidak terfikir bahawa sepak takraw adalah sukan tradisi dan maruah kita yang perlu dipertahankan. Adakah mereka rela melihat kita terus diaibkan dan dihina apabila tewas kepada pasukan yang selama ini menjadi lauk kita.\n\n\n\n Jadi, alasan PSM bahawa mereka tidak wajar dipersalahkan kerana beberapa sukan lain turut gagal menang emas membuktikan selama ini mereka tidak sedar betapa bernilai dan istimewa sukan tradisi ini, kata bekas perejam Mohd Futra Abdul Ghani, semalam.\n\n\n\n\n Mohd Futra yang mengambil inisiatif sendiri bagi membangunkan dan memajukan sukan tradisi ini dengan menganjurkan Klinik Jelajah Sepak Takraw Bersama Futra Ghani sejak awal tahun ini, mengakui masa depan sukan tradisi itu akan terus suram andai kepimpinan PSM kini masih kekal. Mungkin beberapa bekas pemain yang memberi pandangan masing-masing sudah lama meninggalkan sepak takraw, tetapi saya yang baru ini pun akui sebenarnya tidak banyak yang dilakukan kepimpinan PSM dalam membangun dan memajukan sukan tradisi ini.Bagi saya PSM bernasib baik kerana pemain hari ini lahir hasil bantuan Kementerian Pelajaran dan Majlis Sukan Negara (MSN). Jika tidak, kita tidak akan memiliki pasukan kebangsaan dan sudah lama sukan tradisi kesayangan ini berkubur, katanya.Sehubungan itu, Mohd Futra yang menamatkan kemarau 12 tahun memenangi emas bersama Normanizam Ahmad dan Dzulkarnain Ariff di Sukan SEA Manila 2005, percaya nasib malang sepak takraw mampu diubah andai muka baru diberi peluang mentadbir dan menguruskan PSM.\n\n\n
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|