|
KETUA jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai percaya empat tonggaknya - Mazli Ikmar Mohd Noor, Tengku Ahmad Tajuddin A Jalil, S Kumar dan Muhammad Razie Abd Rahim mampu mengepalai rakan sepasukan untuk menghadapi saingan Kelayakan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland, Mac tahun depan.\rBerdasarkan pengamatan jurulatih 46 tahun itu pada perlawanan terdahulu terutama di Cabaran Juara-Juara 1 baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia mencapai sasaran berada di kelompok lima terbaik, Beng Hai berkata, dia turut yakin keempat-empat pemain senior itu kini berada dalam kelas tersendiri.\r\n\n\n\n\r Penjaga gol Kumar, Tengku dan Razie pada mulanya dipilih sebagai kapten kerana pemilihan mereka sebagai pemain Pilihan Asia (Asian All Stars), jadi mereka ini diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab ketua pasukan negara. \r\r\n\n\n\n\n Di Johannesburg (Cabaran Juara-Juara 1), saya berikan tugasan itu kepada Mazli kerana pada saya, dia ada tugas penting dan kelebihan tersendiri, katanya. \rMalaysia pada saingan kelayakan nanti diundi bersama-sama tuan rumah Ireland, Russia, Chile, Ukraine dan Korea Selatan yang disifatkan sebagai pencabar utama buat pasukan negara yang memenangi pingat perak di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu. \rKesemua pemain mempamerkan prestasi amat baik sepanjang bersama pasukan kebangsaan. Semangat yang dimiliki juga tinggi dan kerana itu sasaran yang diingini mampu dicapai, katanya. \rTengku Ahmad Tajuddin dan Muhammad Razie menggalas cabaran di bahagian serangan, Mazli Ikmar menjana kawasan pertahanan manakala penjaga gol nombor satu negara, Kumar mengawal kubu terakhir pasukan negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|