|
SELEPAS layak ke Sukan Olimpik di London tahun depan dalam acara 3 meter papan anjal dan 10m platform individu serta membantu negara meraih tujuh emas pada Sukan SEA lalu, penerjun negara, Bryan Nickson Lomas tidak mahu terus dibuai mimpi indah.\rWalaupun kelibatnya di kolam renang dilihat mampu menggugat jaguh terjun dunia, dia tidak akan ‘duduk diam’, sebaliknya akan terus menjalani latihan terutama bagi menghadapi saingan di kejohanan Piala Dunia Terjun FINA, Februari depan.\r\n\n\n\n\r “Saya perlu terus berlatih untuk memperbaiki gaya terjunan sebelum kejohanan Piala Dunia Februari depan dan apa yang lebih penting, ia sebagai persiapan sebelum bermulanya Sukan Olimpik.\r\r\n\n\n\n\n “Selepas pulang daripada Sukan SEA lalu, saya tidak mendapat masa rehat yang cukup kerana perlu menjalani latihan untuk menyertai kejohanan itu dan temasya Olimpik dengan misi mahu menjulang nama negara di pentas sukan terjun dunia,” katanya. \rSelain Bryan yang sudah mengesahkan tempat dalam dua acara pada Sukan Olimpik tahun depan, penerjun berpengalaman negara, Yeoh Ken Nee turut layak beraksi di temasya terbesar dunia itu dalam acara 3m papan anjal individu manakala penerjun wanita, Pandelela Rinong dalam acara 10m platform individu.\rSelepas menyertai aksi Piala Dunia itu, penerjun negara dijangka menyertai kejohanan bertaraf Grand Prix di Russia, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat dan Sepanyol sebagai persiapan terakhir serta medan pemanas badan.\rSelepas menempatkan diri dalam kelompok teratas acara 10m platform individu, Bryan kini memberi lebih perhatian kepada acara 3m papan anjal individu. \r\n\n\n\r“Ketika ini, jurulatih memberikan lebih perhatian terhadap acara 3m papan anjal dan berharap latihan ini mampu memperbaiki prestasi saya, sekali gus membantu negara mencatat lebih kejayaan pada Piala Dunia nanti,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|