CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Sedang berpacaran

[Copy link]
Post time 13-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ana ingin terus kahwin, bimbang dugaan waktu bertunangKETIKA bertemu wanita bernama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali sebagai Ana Raffali, selepas dirinya turut diumumkan antara finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-26, baru-baru ini, dia lebih banyak berbicara soal kahwin berbanding kerjayanya.\rMalah, senyum simpul mula menerpa wajah ayunya tatkala persoalan mengenai cinta dan rumah tangga diajukan kepadanya pada pertemuan itu.\r\n\n\n\n\rKatanya ikhlas, jika boleh dia mahu perkara baik yang dituntut agama itu berlangsung secepat mungkin.\r\r\n\n\n\n\n\"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Kalau boleh, saya mahu cepat melangsungkan perkahwinan. \r“Ya, saya kini sedang dalam satu perhubungan cinta. Sebenarnya, si dia ialah rakan baik saya di universiti dulu. Akhirnya perasaan kami berubah daripada sahabat kepada cinta.\r\"Saya suka sikapnya yang begitu memahami diri saya ini. Terus terang, saya seorang yang sukar difahami dan dia memahami diri saya sebaiknya,\" kata Ana yang begitu asyik bercerita mengenai kebahagiaan yang menjengah dirinya, serta sesi perkenalan bersama jejaka bertuah yang berjaya memiliki hatinya setelah mereka terlebih dulu bersahabat, enam tahun lamanya.\rWanita yang bukan sekadar berbakat dalam nyanyian, sebaliknya dalam ciptaan lagu dan permainan muzik ini memberitahu, hatinya kini keriangan kerana perjalanan hidupnya diwarnai lagu cinta.\r\n\n\n\r“Saya cukup gembira. Siapa yang tidak mahu berumah tangga, betul tak? Lagipun usia saya semakin meningkat, sudah 26 tahun dan sudah layak mengalami fasa rumah tangga. Kalau boleh, saya tidak mahu bertunang, sebaliknya mahu terus kahwin. Bukan apa, saya takut dengan dugaan bertunang,” katanya yang tidak habis-habis menguntum senyum, mungkin terlalu gembira dengan takdir yang menyatukan dirinya dengan si jejaka.\rKata penyanyi yang juga pemenang AJL25 ini, perkahwinan sudah pasti akan hadir dalam dirinya, tetapi bukanlah pada tahun ini. Bagaimanapun, jika ditakdirkan ia berlaku dalam masa terdekat, dia reda menerima ketentuan Tuhan.\rJujur memberitahu, Tolong Ingatkan Aku ialah lagu yang ditujukan kepada kekasih hatinya dan sering menganggap lirik lagu itu ialah cermin kepada hubungan antara mereka.\rDisogok soalan, apakah pakej yang ada pada kekasihnya sehingga mampu merampas hatinya, Ana memberitahu, jejaka itu melengkapkan apa yang kurang dalam dirinya, selain menjadi sahabat yang akan turut menangis bersama tika dia berdepan kesusahan.\r“Sikap saya dan dirinya berbeza. Begitupun saya yakin untuk hidup bersamanya dan sudah pun bersedia. Saya juga tidak kisah jika berumahtangga pada saat karier muzik saya semakin mendaki tangga kejayaan. Ini kerana saya percaya peminat menilai bakat saya dan memahami saya sebaiknya,” katanya yang tidak gentar akan hilang kemasyhuran.\rSokong semua lagu\rMENGULAS kejayaan lagu nyanyiannya bersama Sohami Mior Hassan dan Altimet, Kalau Berpacaran, mara ke AJL26, yang akan berlangsung 29 Januari depan, Anna melahirkan kesyukuran ke atas rezeki yang diperolehnya.\r“Syukur sangat apabila lagu kami mara ke akhir. Tetapi saya juga berat hati sikit kerana kebanyakan lagu yang mara ke final semuanya lagu kegemaran saya. Jadi saya akan sokong semua lagu itu dan pada masa yang sama cuba memberikan persembahan terbaik.\r“Semoga semuanya berjalan lancar pada pertandingan itu nanti. Kalah menang pula ialah adat pertandingan,” katanya yang layak ke AJL buat kali kedua.\rBerbicara soal album baru, Ana berkata, sebagai penyanyi, dia sentiasa mahu memberikan yang istimewa dan berbeza kepada peminat setianya.\r“Jika melahirkan album baru kelak, saya mahu melahirkan album yang mampu diingati peminat. Saya sayangkan peminat kerana tanpa mereka, siapalah saya di persada seni? Lagipun, peminat banyak menyaksikan kejayaan saya. Semua itu adalah milik mereka juga,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list