CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6874|Reply: 5

Iphone 4S Dilancarkan di Malaysia. MAXIS VS DIGI VS CELCOM

[Copy link]
Post time 14-12-2011 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Seperti biasa, untuk produk Apple yang terbaru iaitu Iphone 4S agak lambat masuk ke pasaran Malaysia berbanding negara-negara lain. Walaubagaimanapun pada 16 Disember 2011, peminat Apple sudah boleh memiliki Iphone 4S Malaysiasecara online terus daripada laman web Apple ataupun melalui pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh MAXIS, DIGi ataupun CELCOM.  

Jadi ada pilihan di sini. Bagi kalangan peminat produk Apple seperti Iphone 4S yang tidak memerlukan pelan data, kini anda boleh membeli iPhone 4S tanpa kontrak melalui kedai atas talian Apple Malaysia bermula 16 Disember 2011, tarikh yang sama Maxis, DiGi dan Celcom melancarkan Iphone 4S seperti yang diumumkan di laman web rasmi mereka baru-baru ini.

Berikut adalah harga runcit yang disyorkan bagi iPhone 4S di Malaysia:

  • iPhone 4S (16 GB) – Harga RM2290
  • iPhone  4S (32 GB)- Harga RM2590
  • Iphone 4S (64GB) – Harga RM2890
iPhone 4S Malaysia : Tawaran Pelan DIGi

Iphone 4S Malaysia di bawah pakej DiGi sudah boleh menerima pre-order daripada pelanggan mereka secara online bermula 11 Disember 2011 yang lalu. DiGi  memberi potongan  harga sebanyak RM200 berbanding harga runcit yang disyorkan bagi Iphone 4S Malaysia.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan kepada pelanggan Digi ketika anda membeli Iphone 4S daripada mereka melalui pakej iDiGi 88 hingga pakej iDiGi 238.  (maklumat lanjut iphone 4s melalui pakej Digi boleh semak di sini)

iPhone 4S Malaysia : Tawaran Pelan CELCOMBuy Windows 7 PC and Office 2010 now! See offers here.[img]http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=tf&c=19&mc=imp&pli=3509928&PluID=0&ord=[timestamp]&rtu=-1[/img]

Celcom akhirnya mendedahkan  pakej mereka selepas DiGi dan Maxis bagi penjualan Iphone 4S melalui mereka. Terdapat 4 pakej yang akan ditawarkan kepada pelanggan iaitu samada :

  • i68
  • i98
  • i148
  • i248

Kesemua empat pakej di atas termasuk sekali tempoh masa berbual,SMS, MMS dan data, terdapat sehingga kepada 6,000 minit panggilan percuma onnet (Celcom ke Celcom). Celcom menawarkan Iphone 4S serendah RM1, 298 dengan pakej i248 (Maklumat lanjut pakej CELCOM)

Iphone 4S : Pakej Celcom Untuk 12 Bulan Kontrak

Iphone 4S : Pakej Celcom Untuk 24 Bulan Kontrak

iPhone 4S Malaysia : Tawaran Pelan MAXIS

(Sila klik pada paparan di atas untuk imej yang lebih jelas)

Dengan pembelian Iphone 4S Malaysia melalui pakej Maxis, anda boleh mendapatkannya secara percuma Iphone 4S 16GB & iPhone 4S 32 Gb melalui pakej iValue 4 dengan membayar caj bulanan sebanyak RM375 selama tempoh 24 bulan. (Maklumat lanjut pakej Iphone 4S Maxis)

P/S : Pelbagai bentuk pelan & pakej yang ditawarkan oleh Maxis, Digi mahupun Celcom bagi pembelian Iphone 4S di Malaysia melalui mereka. Walaubagaimanapun antara Digi Vs Celcom VS Maxis, mana satu yang berjaya menarik perhatian anda?

iphone 4S, Tawaran Pakej Yang Menarik Perhatian Anda? Sila Vote

Single Polls, Total 8 Users voted View Voters
62.50% (5)
0.00% (0)
37.50% (3)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 10:32 AM | Show all posts
Celcom...coverage celcom lebih meluas di Sabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 02:28 PM | Show all posts
Perbandingan Pelan Harga iPhone 4S 16GB


Pihak admin myiPhone2u telah membuat analisis star rating (*) perbandingan pelan harga bagi iPhone 4S yang dijangka akan dibuka oleh ketiga-tiga telcos (Celcom/Maxis/Digi) untuk tempahan pelanggan pada 16 Disember 2011. Perbandingan dilakukan dengan merujuk kepada model iPhone 4S yang paling asas iaitu model 16GB.

Secara keseluruhannya sekiranya mengambil kira star rating, DiGi mengatasi dua lagi telcos dengan mendapat 8* manakala Maxis mendapat 7* dan diikuti Celcom (6*). Walaupun begitu satu-satunya kelemahan DiGI ialah syarikat itu hanya menawarkan pelan 24 bulan berbanding dua lagi syarikat pesaingnya yang menawarkan kedua-dua pelan 12 bulan dan 24 bulan.

Walaubagaimanapun pihak admin menasihatkan, apa yang lebih penting di sini ialah bukannya ‘apa yang ditawarkan’ oleh telcos, tetapi sebenarnya ‘apa yang diperlukan’ oleh pengguna yang sepatutnya menjadi priority sebelum membuat keputusan bagi memilih pelan yang terbaik. Pihak admin hanya menyediakan jadual di atas sebagai panduan dan tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian yang berpunca daripada maklumat yang kurang tepat yang disediakan dalam entry kali ini.

lagi klik sini ===> http://myiphone2u.blogspot.com/2 ... iphone-4s-16gb.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:16 PM | Show all posts
on net
off net
tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 10:54 AM | Show all posts
on net
off net
tu apa?
nashrudean Post at 15-12-2011 20:16



RANGKAIAN DAN BUKAN RANGKAIN YG SAMA...
KLU AKU XSALAH
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 02:26 PM | Show all posts
so dis time better Maxis la dr Celcom kan?
IP4 dulu celcom offered better
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 1.119405 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list