|
Skuad kendalian Sundramoorthy mahu penuhi harapan tinggi penyokong sendiriSELEPAS 17 tahun menyepi daripada kancah Liga Malaysia, Singapura kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dengan hasrat menduduki kelompok lima teratas Liga Super dan mara ke final satu daripada dua piala ditawarkan.\rPengendalinya, V Sundramoorthy berazam mahu mengharungi musim pertama kepulangan yang dirancang hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Singapura (FAS) dengan baik dan cemerlang.\r\n\n\n\n\r\"Saya gembira dapat kembali menyertai Liga Malaysia dan bertemu peminat lama,\" kata Sundramoorthy yang pernah menyarung jersi Singapura, Kedah, Kelantan dan Pahang sepanjang menyertai liga tempatan dari 1988 hingga 1994.\r\r\n\n\n\n\n\"Saya harap musim ini berjalan baik untuk kami dan kami akan memberikan saingan terbaik untuk mencapai sasaran dalam liga dan berada dalam final Piala FA atau Piala Malaysia. Jangkaan peminat di Singapura sangat tinggi dan kami akan cuba merealisasikan impian berkenaan.\"\rSementara itu, pengerusi jawatankuasa pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan, penyenaraian pemain melebihi usia 23 tahun dalam skuad Singapura tidak menyalahi perjanjian antara FAM-FAS yang dimeterai sebelum ini.\r\"Memang pada awal tahun, antara kandungan perjanjian ialah 25 pemain bawah 23 dan lima pemain melebihi 23 tahun dibenarkan. Tetapi selepas menghalusi perjanjian, kami mencapai kata sepakat menambah lima lagi pemain melebihi usia 23 untuk Singapura dan Harimau Muda,\" kata Hamidin selepas majlis undian Liga Super dan Piala FA di Shah Alam, semalam.\r\"Bagi kami, usaha FAM menarik kembali Singapura ke dalam Liga Malaysia adalah untuk kebaikan kedua-dua pihak kerana ia bukan tertumpu kepada skuad kebangsaan atau bawah 23 saja, tetapi juga bawah 21, 19 dan 17 tahun serta pertukaran pengadil untuk liga Malaysia dan Singapura.\r\n\n\n\r\"Kita perlu melihat aspek ini secara positif dan jika selepas musim depan Singapura tampak terlalu kuat, mungkin kita akan memperhalusi lagi kandungan perjanjian terbabit. Harimau Muda juga dibenarkan membawa pemain melebihi usia 23, tetapi mereka memilih untuk memberi tumpuan kepada pembangunan pemain mudanya.\"\rSingapura melangkah keluar dari Liga Malaysia pada 1994 dengan gelaran sebagai juara Piala Malaysia buat kali ke-24 dan empat gelaran juara Liga-M.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|