CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

'PSM tak boleh dimaafkan'

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hati saya pedih melihat  kekalahan memalukan negara  : Rehan \rBEKAS perejam tersohor negara, Rehan Mat Din menyifatkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diterajui Datuk Ahmad Ismail tidak harus dimaafkan atas kekalahan memalukan skuad negara kepada Indonesia pada Sukan SEA XXVI bulan lalu.\r\n\n\n\n\r  “Hati saya amat pedih melihat kekalahan itu. Jika dulu kami jadikan Indonesia hanya sebagai lawan ‘pemanas badan’, tetapi hari ini sudah terbalik. Saya cukup malu dan tidak terlintas di fikiran saya ia boleh berlaku.\r\r\n\n\n\n\n  “Jadi, mereka (PSM) tidak patut dimaafkan. Sepatutnya, mereka harus malu dan bertanggungjawab kerana sudah mencalar dan memusnahkan imej negara. Sepatutnya, selaku pemimpin yang tahu tanggungjawab, mereka sudah mengundur diri secara terhormat,” katanya,\rRehan, 45, yang membantu skuad negara membawa pulang dua emas ketika pertama kali sepak takraw dipertandingkan di Sukan Asia Beijing 1990 berkata, dia percaya nasib malang yang berlaku ke atas sukan tradisi itu kerana kelemahan PSM dalam mengangkat martabat dan memajukan sukan tradisi itu.\rDia yang membentuk gandingan emas bersama Nordin Sabaruddin dan Malik Samsuddin mengakui sepak takraw hari ini hilang aura dan tidak semeriah seperti era 1970, 1980 dan 1990-an dengan pelbagai pertandingan yang mampu menarik minat orang ramai menyaksikannya. \r“Siapakah yang patut dipersalahkan dengan perkembangan hari ini? Adakah PSM mahu menuding jari kepada pihak lain? Saya dan bekas-bekas pemain tidak mempunyai agenda. Kami tidak ada niat menjatuhkan sesiapa dan merampas kuasa dalam PSM. \r\n\n\n\r“Apa yang kami mahu sebagai bekas pemain yang sayang dan cintakan permainan ini, hanya mahu ia segera dipulihkan. Kepimpinan yang ada sekarang patut berundur dan muka baru perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuan dalam mengangkat semula martabat permainan ini,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list