CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Hafizh cipta kejutan di Losail

[Copy link]
Post time 19-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Muncul penunggang termuda menangi perlumbaan pada usia 17 tahun\rHAFIZH Syahrin Abdullah mencipta kejutan apabila muncul juara Perlumbaan 2 dan tempat ketiga pada Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam.\r\n\n\n\n\r   Penunggang PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu turut mencipta rekod tersendiri apabila muncul pelumba termuda memenangi perlumbaan kategori SuperSports 600cc pada usia 17 tahun.\r\r\n\n\n\n\n  Bermula di petak ketiga pada kedua-dua perlumbaan, Hafizh berlepas baik pada Perlumbaan 1 apabila mendahului kedudukan sehingga ke pusingan kelima sebelum dipintas pesaing terdekatnya, Mohd Zamri Baba dan pendahulu kejuaraan, Katsuaki Fujiwara.\rFujiwara (Manual Tech BEET Kawasaki Racing) tetap mempamerkan kehebatannya apabila melintasi garisan penamat sebagai pemenang dengan masa keseluruhan 32 minit 01.257 saat, diikuti Zamri (PETRONAS Yamaha Malaysia) manakala Hafizh di kedudukan ketiga (32:01.259s).\rPada Perlumbaan 2, giliran Hafizh mendominasi perlumbaan apabila menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu tanpa memberikan peluang kepada lawan untuk memintasnya,  sekali gus meraih kejayaan pertama kategori perdana itu selepas dua tahun mula beraksi apabila menamatkan saingan dengan masa 32:02.780s.\r“Saya tidak sangka memenangi perlumbaan kedua kerana walaupun mendahului sebaik dilepaskan, Fujiwara dan Zamri sentiasa mengekori seperti Perlumbaan 1. Tetapi selepas lima pusingan, Zamri agak jauh di belakang dan saya terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” kata Hafizh yang menamatkan saingan di tangga keempat keseluruhan dengan 135 mata.\r\n\n\n\rDalam kategori Underbone 115cc, pelumba Indonesia, Rafid Topan Sucipto (Yamaha CKJ TJM Racing) menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang apabila meraih kemenangan berganda untuk dinobatkan juara keseluruhan dengan 268 mata.\rMohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) mengekalkan reputasi sebagai pelumba terbaik negara kategori itu apabila menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan dengan 107 mata.\r“Walaupun gagal menempatkan diri di kedudukan teratas, saya gembira kerana meraih kejayaan tangga ketiga ini. Sejak menjuarai kelas Underbone 115cc 2009, tiada pelumba negara yang mampu menempatkan diri di kelompok tiga teratas.”\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.796007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list