View: 157|Reply: 0
|
Ulasan Pasaran: Dagangan saham terus perlahan
[Copy link]
|
|
Keyakinan pelabur terjejas berikutan aliran berita negatif ekonomi global\rSAHAM Bursa Malaysia kebanyakannya kekal dalam dagangan rendah minggu lalu apabila keyakinan pelabur terjejas oleh aliran beberapa berita negatif pada peringkat global.\r\n\n\n\n\rKegagalan membendung krisis hutang euro meskipun selepas mencapai persetujuan pada sidang puncak Kesatuan Eropah (EU), ditambah data ekonomi Jepun yang semakin lemah serta penurunan penarafan tujuh bank utama, Fitch Ratings menjejaskan sentimen minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\nBerdasarkan perbandingan mingguan, penanda atas utama Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 6.09 mata atau 0.42 peratus untuk ditutup pada 1,466.22 dengan Public Bank (+40sen), CIMB (+11sen) dan Petronas Chemicals (+16sen) menyumbang lebih separuh kenaikan indeks itu.\rPurata jumlah dan nilai dagangan harian merosot kepada 1.65 bilion saham bernilai RM1.23 bilion berbanding 1.92 bilion saham bernilai RM1.33 bilion minggu sebelumnya.\rJelas pelabur berada dalam dilema minggu lalu apabila sentimen pasaran bercampur-campur apabila mereka terumbang-ambing antara berita ekonomi positif yang diterima dari Amerika Syarikat (AS) dan gelombang negatif daripada krisis hutang Eropah yang semakin buruk dan belum temui penyelesaian.\rAS terus melaporkan berita ekonomi positif selepas berita angka penganggurannya susut, manakala data pengeluaran di wilayah New York dan Philadelphia berkembang lebih daripada unjuran bulan ini.\r\n\n\n\rBagaimanapun, ia tidak terlalu menggembirakan pasaran selepas Rizab Persekutuan AS mengekang daripada memperkenalkan langkah rangsangan seterusnya, selain daripada mengekalkan kadar sasaran dana, manakala Fitch Rating menurunkan penarafan bank.\rAdalah sesuatu yang diketahui bahawa agensi penarafan menjadi duri dalam daging ketika tempoh sukar dan memburukkan lagi keadaan.\rKesukaran itu berdepan satu lagi kedudukan baru minggu lalu apabila Perancis menuding jari kepada kedudukan kewangan United Kingdom selepas khabar angin tersebar bahawa Standard & Poor’s mungkin menurunkan penarafan AAA Perancis sebanyak satu angka sebelum Krismas.\rPenurunan penarafan boleh menjadi penghalang besar kepada kebangkitan Eropah kerana ia bukan saja meningkatkan kos pembiayaan malah menjadikannya lebih sukar untuk menarik dana baru.\rKebimbangan berlakunya ketegangan lebih buruk di Eropah sudah pun mengurangkan selera untuk mengambil risiko dan pelabur sudah beralih kepada perbendaharaan AS yang dianggap kawasan selamat.\rPeningkatan risiko kredit dicerminkan oleh sebaran TED, iaitu perbezaan antara apa dibayar bank dan Perbendaharaan AS untuk meminjam wang untuk tiga bulan, mencecah paras tertinggi baru sejak Mei 2009.\rDengan latar belakang sedemikian, adalah lebih bijak untuk menasihatkan pelabur supaya terus menggunakan pendekatan bertahan untuk melabur sambil menanti untuk ‘meraih untung’ tahun depan.\rBagaimanapun, peluang membuat dagangan masih dicetuskan aliran berita korporat dan kemungkinan pilihan raya umum (sebagai peringatan FBM KLCI dijangka berdepan fasa pembetulan selepas parlimen dibubarkan) yang mungkin berlaku Mac depan.\rDijangkakan, FBM KLCI akan kekal dalam mode binaan asas sebelum meraih momentum minggu depan bagi rali akhir tahun.\rKeputusan S&P ke atas penarafan negara Eropah mungkin menjadi pengubah keadaan.\rKesimpulannya, arah aliran petunjuk semakin lemah dalam indeks penanda aras tempatan memberi bayangan pelabur akan terus menunggu di luar, sekali gus merendahkan lagi dagangan minggu ini.\rKurangnya petunjuk positif dalam negara dan kebimbangan luar terhadap Eropah dan situasi ekonomi AS, nada pasaran akan kekal berhati-hati dengan pelabur menunggu di luar.\rDari segi carta, pelabur akan terus menjual saham kukuh seperti AMMB, TM, Perisai dan Sapura Crest
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|