CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Penyenaraian FGVH di Pasaran Utama

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RANCANGAN penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada April 2012, berjalan lancar, kata Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad. \rBeliau berkata, syarikat itu tetap dengan misinya untuk memastikan penyenaraian itu berlaku dalam tempoh ditetapkan, dalam pada pihak luar menubuhkan kumpulan untuk mempersoalkan penyenaraian berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Baru-baru ini, penubuhan Gabungan Peneroka Generasi Wawasan FELDA Kebangsaan (GEMPAK) mengumumkan bahawa ia sudah menubuhkan jawatankuasa penilai untuk mengkaji penyenaraian FGVH dan memberikan cadangan berhubung penyenaraian itu kepada Perdana Menteri.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun kami terbuka kepada idea baru yang baik bagi penyenaraian ini atau meningkatkan nilainya, Lembaga Pengarah FGVH tetap dengan misinya untuk memastikan syarikat ini disenaraikan pada April depan. \r“Tiada persoalan di pihak kami dan kita jelas mengenai bagaimana penyenaraian ini akan membawa manfaat serta mewujudkan situasi menang-menang untuk semua,” katanya.\rKatanya, FGVH dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Felda dan keputusan Koperasi Permodalan FELDA untuk memiliki sebahagian besar pegangan dalam FGVH sebelum penyenaraian adalah bagi membolehkan manfaat terus diberikan kepada peneroka dan seluruh ahli koperasi itu.\rSabri berkata, penyenaraian FGVH tidak boleh diganggu oleh pihak luar yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat atau sebarang hak pengurusannya.\r\n\n\n\r“Keputusan ini sudah difikirkan semasak-masaknya. Ia adalah sebahagian proses pengukuhan FELDA dalam program perancangan lima tahun sejak 2009,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.301083 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list