|
LONDON: Menjelang pertemuan dengan Aston Villa di Stamford Bridge, malam ini, kapten Chelsea, John Terry melaungkan ikrar untuk terus kekal bersama kelab London itu sepanjang kerjayanya.\rPemain berusia 31 tahun itu melalui tekanan hebat di dalam dan luar padang sepanjang musim ini termasuk sering dipersalahkan berhubung kerapuhan di benteng pertahanan yang sebenarnya turut dipengaruhi taktikal pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas.\r\n\n\n\n\r Minggu lalu pula, Terry diarah tampil ke mahkamah bagi menjawab pertuduhan mengenai dakwaan gangguan berunsur perkauman yang dilakukannya terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand pada aksi di Loftus Road, Oktober lalu.\r\r\n\n\n\n\n Namun Terry mahu terus kekal bersama Chelsea dan bersedia untuk dicabar bagi posisi pertahanan tengah selepas Villas-Boas berhajat membawa masuk pemain Bolton, Gary Cahill, bulan depan.\r“Saya sudah menghabiskan sepanjang kerjaya saya di sini dan cukup bertuah kerana bermula pada usia muda. Saya bangga dapat bersama kelab ini dan tak dapat bayangkan diri ini menyarung jersi kelab lain.\r“Selepas bersara pun, saya akan bawa anak-anak ke sini untuk menyaksikan perlawanan,” kata Terry. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|