|
Skuad Kim Swee hadapi tugasan besar, paling penting Kelayakan B-22 AFCJURULATIH skuad B-23 negara, Ong Kim Swee menganggap 2012 sebagai tahun yang lebih mencabar kerana skuad bimbingannya bakal mengharungi tiga lagi tugasan penting - Liga Singapura 2012, Kelayakan Olimpik 2012 dan Kelayakan Kejuaraan B-22 AFC 2013.\rTahun 2011 selesai diharungi Kim Swee, 42, dan anak-anak buahnya dengan kejayaan mempertahankan pingat emas di Sukan SEA XXVI Jakarta, muncul pasukan tunggal Asia Tenggara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 serta menduduki tangga kelima Liga Super 2011.\r\n\n\n\n\r “Tahun 2012 pasti lebih mencabar. Liga Singapura merupakan satu cabaran yang sengit apabila kita dibarisi majoriti pemain berusia 21 tahun ke bawah bakal berdepan lawan lebih senior. Sasaran lima teratas untuk mencabar para pemain.\r\r\n\n\n\n\n “Kita juga perlu menghabiskan baki tiga aksi Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Bahrain (5 Februari), Jepun (22 Februari) dan Syria (14 Mac). Selepas tewas tiga aksi pertama tahun lalu, sudah tentu kita mahu perbaiki prestasi kali ini.\r“Tapi tugasan paling penting ialah Kelayakan B-22 AFC (23 Jun hingga 8 Julai depan). Ini peluang terbaik untuk kita layak ke pusingan akhir pada Jun 2013. Jadi kita perlukan persiapan cukup rapi untuk kelayakan ini,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.\rSkuad Harimau Muda A bakal kembali memulakan kem latihan pusat di Padang MSN, Bukit Jalil, petang esok dengan pemain sayap Kelantan, Izuan Salahuddin, 21, disahkan sebagai pemain ke-29 didaftarkan Kim Swee untuk saingan Liga Singapura bermula 9 Februari depan.\r“Kita baru dapat pelepasan daripada Kelantan, sebab itulah nama Izuan tiada dalam senarai 28 pemain diumum minggu lalu. Jadi Izuan adalah pemain ke-29 dan terakhir untuk skuad Liga Singapura,” jelas Kim Swee yang turut menyenaraikan Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Shahril Saari (Terengganu).\r\n\n\n\rDalam pada itu, Kim Swee hanya akan mengumpul pemain-pemain skuad Olimpik dari pasukan negeri/kelab selepas cuti Tahun Baru Cina (23 Januari) bagi persiapan menghadapi Arab Saudi, 31 Januari (persahabatan) dan Bahrain, 5 Februari (Kelayakan Olimpik).\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|