CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Lapan undi pisahkan Romney, Santorum

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DES MOINES: Bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney menang tipis pengundian ahli Parti Republikan di Iowa dalam persaingan calon Presiden dengan kelebihan lapan undi daripada Rick Santorum diikuti ahli Kongres dari Texas, Ron Paul di tempat ketiga.\rHasil  pertandingan pertama ke Rumah Putih itu, Romney    paling banyak mendapat sokongan Parti Republikan untuk menentang Presiden Barack Obama pada November.\r\n\n\n\n\rNamun, pada masa sama, keputusan di Iowa gagal menghapuskan keraguan   mengenai popularitinya.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam satu keputusan paling sengit dalam sejarah kempen Presiden, Romney di belakang Santorum dengan empat undi dan tinggal satu kawasan lagi untuk dikira undi.\rSelepas menunggu beberapa lama, keputusan undian terakhir memberi Romney kemenangan tipis dengan 30,015 undi kepada 30,007 untuk Santorum.\r“Tahniah kepada Gabenor Mitt Romney, pemenang negeri Iowa 2012. Tahniah kepada Senator Santorum kerana kalah tipis di tempat kedua, satu pertandingan yang sangat menarik,” kata Pengerusi Parti Republikan Iowa, Matt Strawn.\rKeputusan menunjukkan pencapaian cemerlang Santorum yang tidak dianggap berpeluang untuk memberi persaingan beberapa minggu lalu tetapi kini secara tiba-tiba berada di kategori pencabar serius untuk mencabar Obama pada pengundian 6 November. \r\n\n\n\r“Kita masih berpeluang besar,” kata Santorum, bekas Senator Pennsylvania kepada penyokong yang bersorak gembira dengan hasil sokongan baik itu selepas berbulan menjalankan kempen. \r“Kita mula mengorak langkah untuk kembali ke persada kuasa,” kata penganut Katolik yang menentang pengguguran dan dasar luar yang agresif, sambil mengkritik Romney yang lebih sederhana.\rRomney berkata, beliau dan Santorum memperoleh kejayaan besar dan turut mengucapkan tahniah kepada pemenang tempat ketiga, Ron Paul sebelum membidas Obama. \r“Pentadbiran beliau gagal membawa perubahan. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Amerika tidak lagi menganggur,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047197 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list