|
Skuad Mourinho kini enam mata mengatasi Barca\rMADRID: Real Madrid terus menjarakkan diri daripada Barcelona di kedudukan teratas La Liga dengan enam mata selepas membenam Granada 5-1 yang melakukan kunjungan pertama ke Santiago Bernabeu dalam tempoh 36 tahun.\r\n\n\n\n\r Tekanan kini beralih kepada Barcelona, yang masih memiliki kelebihan psikologi selepas mengalahkan Real bulan lalu, ketika mereka bertemu Espanyol, awal pagi ini.\r\r\n\n\n\n\n Jurulatih Real, Jose Mourinho menjanjikan persembahan buruk pada babak pertama perlawanan Piala Raja menentang Malaga pada pertengahan minggu lalu tidak akan berulang ketika mereka bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-2.\rGerakan Cristiano Ronaldo dan Mesut Ozil membolehkan Karim Benzema menjaringkan gol pertama tetapi Granada menyamakan kedudukan menerusi serangan pertama mereka oleh Mikel Rico yang tidak dikawal pada minit ke-22.\rDengan pertahanan Real yang terleka, Granada hampir menambah jaringan namun sepakan Rico diselamatkan Iker Casillas.\rSergo Ramos kemudian menyumbat gol kedua buat Real pada minit ke-34.\r\n\n\n\rCorak permainan bertukar pada awal babak kedua selepas Gonzalo Higuain dan Benzema meleburkan sisa harapan Granada sebelum Ronaldo menyumbat gol kelima.\r“Gol ketiga diperoleh selepas rehat adalah kuncinya,” kata penolong jurulatih Real, Aitor Karanka. \r“Kami tahu Granada adalah lawan yang sukar seperti yang mereka tunjukkan pada separuh masa pertama. Pasukan itu kuat di bahagian pertahanan, tapi selepas kami peroleh gol ketiga - dan diberi banyak ruang di Barnabeu - mereka berdepan lebih banyak bermasalah.” - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|