View: 172|Reply: 0
|
'Fikiran saya terganggu'
[Copy link]
|
|
MANCHESTER: Wayne Rooney mengakui prestasinya terjejas akibat permasalahan yang berlaku di antara dirinya dan pengurus Manchester United, Alex Ferguson pada sambutan Krismas baru-baru ini.\r“Saya berada dalam tekanan apabila kembali turun beraksi. Saya yakin ia dapat dilihat,” kata penyerang United itu.\r\n\n\n\n\r Rooney digugurkan serta didenda akibat prestasi lesunya dalam sesi latihan selepas dia keluar lewat malam sehari selepas Krismas.\r\r\n\n\n\n\n Apabila diturunkan, Rooney mempamerkan aksi kurang menyinar ketika United tewas 0-3 kepada Newcastle, minggu lalu.\r“Memang saya terganggu dengan hukuman yang dikenakan itu. Tapi dengan sebab-sebab tertentu, saya tak boleh dedahkannya kepada umum dan menerimanya saja,” jelasnya.\rRooney bagaimanapun tetap memuji Ferguson sambil menganggap pengendali veteran itu cukup mempengaruhi perjalanan kariernya dan mengesahkan pertelingkahan antara mereka sudah berakhir.\r“Tapi kamu tak boleh sentiasa hidup dalam keadaan harmoni. Bola sepak sentiasa berdepan dengan konflik,” kata Rooney yang mengakui kini tidak kerap bertentang mata dengan Ferguson.\r\n\n\n\rRooney kembali menyerlah apabila menjaringkan dua gol ketika membantu United menewaskan Manchester City 3-2 pada aksi Piala FA, Ahad lalu. – Agensi\rLagi berita EPL 2011/12, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran hari ini
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|