CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64|Reply: 0

BAM guris lagi ‘hati’ MSN

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Persatuan buat keputusan   bertentangan  kehendak  Zolkples isu Chong Wei\rBUAT kali kedua dalam tempoh seminggu, ‘hati’ Majlis Sukan Negara (MSN) diguris lagi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\r\n\n\n\n\r  Selepas tidak menyenaraikan seorang pun pegawai MSN dalam Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) yang diumumkan Jumaat lalu, BAM semalam mengesahkan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei tetap akan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, bulan depan.\r\r\n\n\n\n\n  Keputusan itu jelas bertentangan dengan kehendak Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang mahu Chong Wei, 30, memfokuskan tumpuan untuk Sukan Olimpik, bukannya mengerah kudrat di Piala Thomas tatkala peluang negara memenangi piala berprestij itu tipis. \rSetiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai menegaskan, pihaknya yakin sekalipun Chong Wei beraksi di Piala Thomas, ia tidak akan menjejaskan tumpuan pemain yang menjadi pertaruhan utama menamatkan penantian emas sulung pada temasya terbesar dunia itu.\r“Kami tidak boleh mengubah keputusan yang diputuskan Exco dan kami juga sudah mendaftar nama Chong Wei. Jadi, keputusannya Chong Wei tetap akan beraksi selaku perseorangan pertama di pusingan kelayakan bulan depan.\r“Lagipun, latihan dan persiapan Piala Thomas ini adalah sebahagian daripada program menghadapi Sukan Olimpik. Bulan depan juga tidak ada pertandingan antarabangsa, hanya pusingan kelayakan Piala Thomas.\r\n\n\n\r“Takkan Chong Wei mahu duduk di rumah saja sepanjang bulan depan sebelum menghadapi kejohanan Seluruh England,” kata Chin Chai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (CTC), Pengerusi HPT dan Pengurus skuad negara ke Sukan Olimpik 2012.\rChin Chai turut menafikan dakwaan tindakan menyenaraikan Chong Wei beraksi kerana BAM terdesak memastikan skuad negara yang dianggap lemah dalam sejarah, tidak dipalit aib tersingkir buat pertama kali dalam saingan piala berprestij itu sejak format baru diperkenalkan pada 1984.\r“Keputusan ini bukan tindakan untuk menyelamatkan BAM kerana kami menganggap Piala Thomas juga penting seperti Sukan Olimpik. Namun, sama ada kita mampu layak atau tidak ke pusingan akhir, saya hanya akan komen selepas undian dikeluarkan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.147026 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list