CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10546|Reply: 6

air ketumban

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:48 AM | Show all posts |Read mode
adehhhh nk tanye nih..... kalau air ketumban kurang bahye tak?my wife air ketumban kurang la...baby da 29 week tp tak besar2 berat cume 830gram je..... besar dalam 24 je.....aduhhh mcm mane nih?ade sape2 pnh ade pengalamn mcm wife sye nih?untuk pengethuan ni my first baby....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 10:31 AM | Show all posts
air ketuban TT.. bukan ketumban.

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

Ketuban pecah sebelum masa
Masalah pada uri
Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.


banyakkan minum air atau makan buah-buahan dan makan sayur. and pernah baca somewhere, air kelapa muda terutama kelapa hijau juga boleh tambah air ketuban. cubalah. semoga isteri dan baby TT sihat dan selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:05 AM | Show all posts
kecacatan genetik tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:56 PM | Show all posts
antaranya syndrom down or thalassaemia. TT boleh check dengan bomoh google. banyak info kat internet ni. rajin-rajin la search ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 05:34 PM | Show all posts
tysha ari tu pun kurang air ketuban.bukan sebab bocor atau pun apa. bila dah air ketuban kurang then baby pulak sonsang, terpaksa czer. masa tu jenuh jugak google macam mana nak bagi tambah air ketuban tu dan cuba jugak mcm2 cara.tapi air ketuban makin kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 08:15 PM | Show all posts
t.q ats info... my wife dah dischrge dari wad....lege...baby ok.....tp ntah la first doktor ckap mcm ade masalah..... tp lepas dktr pakar yang cek elok plak...pening2....ok ke tak baby aku nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 03:32 PM | Show all posts
t.q ats info... my wife dah dischrge dari wad....lege...baby ok.....tp ntah la first doktor ckap mcm ...
capet Post at 20-1-2012 20:15



Then believe what the specialist said... nama pun pakar kan.. mesti lagi otai knowledgenya dengan dari dr biasa.

air ketuban sikit boleh jadi banyak sebab..


utamanya kebocoran lah...


tapi kena rule out kesihatan baby tersebut juga. kena tengok baby kamu ada masalah atau tidak dengan pembentukan organ2 penting spt buah pinggang terutamanya... detail scan will help alot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.230996 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list