|
Sedia bawa pulang tiga mata\rPERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.\r\n\n\n\n\r Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.\r\r\n\n\n\n\n “Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rDaudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi.\r“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus.\r“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Steve Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|