|
BADI empat kekalahan di tangan T-Team tahun lalu - dua dalam aksi Liga Super dan dua Piala Malaysia - perlu ditamatkan Selangor Sabtu ini dalam perlawanan kelima Liga Super musim ini.“Kita tidak harus kalah kepada T-Team lagi,” kata pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang mengakui ketiadaan penyerang import dalam empat perlawanan lalu sedikit merencatkan persembahan pasukannya.\n\n\n\n Selepas empat perlawanan, Selangor sekadar meraih satu kemenangan, 1-0 ke atas Perak selepas seri 2-2 dengan Negeri Sembilan, diikuti kekalahan 1-0 kepada FELDA United dan seri tanpa jaringan ketika bertemu Sarawak.\n\n\n\n\n Berdasarkan prestasi perlawanan terakhir bertemu skuad kendalian Robert Alberts itu, ternyata Selangor lambat panas dan terlalu berharap kepada percubaan jarak jauh Amri Yahyah dan Bunyamin Omar serta sepakan percuma Safiq Rahim dan Asrarudin Putra Omar untuk menjelmakan gol.Kegagalan jentera serangan Merah Kuning menembusi tembok pertahanan Sarawak malam itu, membuktikan betapa kehadiran penyerang berpengalaman, baik tempatan mahupun import, amat penting andai Gergasi Merah mahu mengekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan.Selangor kini di tangga kelapan liga, mengumpul lima mata dan ketinggalan lima di belakang pendahulu, Kelantan. “Selepas perlawanan dengan T-Team, baru kita akan mempunyai penyerang import,” kata Irfan yang menganggap tidak ada sebab untuknya merasa panik terlalu awal.\n\n\nLagi berita menarik sekitar Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|