|
Fahrin tak tertekan walaupun sudah terlepas sasaran kahwinFAHRIN AHMAD langsung tidak tertekan dalam memikirkan soal jodoh walaupun sudah melepasi sasaran usia mendirikan rumah tangga.\n\n\n\nPelakon dan pengacara televisyen itu berkata, kematangan dalam menilai sesuatu perkara kini membuatkan dirinya sentiasa selesa dan bebas daripada tekanan. Jika dulu, kecantikan antara elemen penting dalam menilai wanita, kini dia tidak kisah asalkan dapat bertemu wanita yang dapat membahagiakan dirinya dan keluarga.\n\n\n\n\nFahrin, 33, juga tekad memilih wanita biasa sebagai isteri, namun menolak anggapan dia serik bercinta dengan rakan artis.“Mencari pasangan itu ialah tanggungjawab, tetapi saya akan pastikan ia dilakukan mengikut akal. Saya tidak mahu jodoh diletakkan sebagai tekanan dalam diri walaupun saya pernah mengimpikan untuk berumah tangga pada usia 25 tahun, satu ketika dulu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Baru Astro, Misi 12, di Ulu Yam, Selangor, semalam.Pelakon ini memberitahu, sudah tiga tahun dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita, tetapi sentiasa gembira melalui kehidupannya. Diaju soalan mengenai khabar angin dirinya dilamun cinta dengan seorang pereka fesyen, dia menafikan gosip itu sambil menegaskan, hatinya belum dimiliki sesiapa ketika ini.\n\n\nBerbicara soal kerjaya, Fahrin bersyukur rezekinya cukup baik awal tahun ini apabila ditawarkan berlakon tiga filem bergenre komedi dan aksi. Bagaimanapun dia masih menimbangkan tawaran itu agar tidak bercanggah dengan jadual pengacaraan.“Dari segi kerjaya, saya lihat saya berada di landasan betul. Berlakon minat utama walaupun saya sudah memikirkan untuk menjalankan perniagaan. Saya akan berlakon sampai ke tua, tetapi saya juga perlu ada pekerjaan tetap yang lain,” katanya.Terbaru, dia kini aktif dalam bidang latihan motivasi. “Saya tidak belajar atau ambil khusus, sebaliknya semua ilmu adalah daripada rujukan dan pengalaman sendiri. Mungkin minat mendidik datang daripada ayah dan ibu, yang juga berada dalam bidang pendidikan. Kami sudah ada modul diberi nama Perisai Buat Wanita. Rakan saya yang membuat kajian mengenai modul ini selama 10 tahun dan saya pula menambah idea dalam bidang seni,” katanya.Menurutnya, kes seperti keldai dadah yang menjadikan wanita sebagai mangsa diangkat dalam buku itu supaya golongan berkenaan tidak mudah terpedaya ketika bersama lelaki. Modul itu sudah menarik seramai 400 pelajar wanita sebuah universiti tempatan menghadirinya.Sementara itu, bagi mengubah kehidupan 12 remaja yang mahu kembali ke pangkal jalan, saluran Astro Ria memperkenalkan sebuah lagi program realiti yang berjudul Misi 12. Diacarakan Fahrin, ia menemui penonton pada setiap Selasa, jam 9 malam, bermula 7 Februari ini.Jika sebelum ini Astro meneroka program realiti hiburan dan terbaru, masakan, kini mereka memaparkan program pula realiti berkisarkan masyarakat.Penerbit Eksekutifnya, Ismadi Ismail, berkata program itu diterbitkan bagi mengubah sikap remaja yang mempunyai masalah dari segi disiplin dan tekanan perasaan, dengan menyediakan bimbingan serta kaunseling bagi mempertingkat mutu kehidupan mereka.Tujuh peserta lelaki terpilih ialah Mohamad Shafwan Abdul Saleem, 19; Muhammad Subky Halib (23); Nur Syukree Arrif Sazali (19); Muhammad Indera Mulia Muhammad (24); Mohammad Anaz Mat Lasim (22); Mohd Hazmin Zamri (19); dan Raja Mohd Azlan Raja Jafar (23). Manakala lima pesertanya pula ialah Nor Ain Amin Nudin (19); Fatin Azira Rohaizad (21); Nur Atiqah Sarimbi (23);Syahirah Saad (22); dan Nadia Rahmat (23).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|