CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aqyueetda

pemakaian purdah

[Copy link]
Post time 15-2-2012 11:25 PM | Show all posts
Reply 59# seohyun

betul lah tu...makna melaram = bila hati kita bdetik 'sihat ke akak ni?'
so, kalau kita dh tengok mende tu dh mcm over, kita jgnlah nk pkai mcm tu juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:22 AM | Show all posts
Reply  sarizu

bukan tak ikhtiar katanya, tapi dah bermacam2 cara.. sesetengah org badan dia berb ...
neeria Post at 10-2-2012 22:57


saya ada dpt e-mail katanya.. wanita2 tak perlu guna pewangi angd kalaunak bau fresh.. pastikan baju bertukar tiap2 hari, luar dan dalam.. tudung pun.. ha gitu la.. baru la smells fresh katanya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:30 PM | Show all posts
sya suke tgk org pakai purdah.......
wat mcm sekrang nk lengkapkan yg mn wajib dulu...
mgkn satu ms nnt, sya akan pakai gak purdah...insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:54 PM | Show all posts
ada sorg yg sy kenal ni... pakai purdah tapi.....

bagi gambar berpurdah tu kepada tunang dia utk jadikan wall paper henfon... dan jugak selalu kuar berdua-duaan untuk perjalanan dekat (keluar membeli barang) mahupun balik kampung bersama (perjalanan 5-6 jam) tak kira siang atau malam...

rasanya dia ni dah salah konsep wlupun sy pun xfaham sgt konsep purdah ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 11:04 PM | Show all posts
Reply  pakupayung


    cecco tak penah tengok org berpurdah cara dia makan camner..camne ek? te ...
a.ceCCo Post at 5-2-2012 17:08

pernah tengok..tiap kali nak menyuap makanan..dia org akan angkat sikit kain purdah dia org dr bwh..mcm susah je nak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 11:07 PM | Show all posts
tak kesah lah kepada sesapa yg berminat nk berpurdah..masaalah nya bila berbual2 berdua2an dgn sesama pompuan pon tak kan lah tak boleh dibuka purdah tu kejap..rasa susah pulak nak faham reaksi muka dia org bila berbual dgn kita..suka ke..marah kee...sama jee...takat nampak mata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2012 11:15 PM | Show all posts
nak tanya kat ustaz2yg ade kat sini..berpurdah tu mesti ke berwarna hitam je(dr jubah,tudong..smpai ke kainpenutup muka) tak boleh ke berjubah dn berselubung guna kain berwarna warni..alaa..mcm corak kain baju kurung..hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:30 PM | Show all posts
Reply 7# cherylrihanna

setuju2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 11:49 AM | Show all posts
nak tanya kat ustaz2yg ade kat sini..berpurdah tu mesti ke berwarna hitam je(dr jubah,tudong..smpai  ...
awejeha Post at 18-2-2012 23:15



    mcm2 le kamu ni awejeha..hihi..kita tunggu respon org lain plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 11:19 AM | Show all posts
cuba baca entri dr blog ni,menarik sgt..
myilham.com


Fenomena Niqobis

Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.

Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.

Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.

Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :

Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.

Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.

Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!



JAHIL

Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.

Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?

dan ini lagi........


‘Niqobis’ Alam Maya

Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :

1- Bergambar.

Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?

2- Tabarruj

Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?

3- Mendedahkan aurat

Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.

Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.

Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?

Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.

Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.

Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.

Fikir-fikirkanlah.


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 10:28 PM | Show all posts
ramai yg berpurdah ni sekarang, pd sy personally, that's their choice.
yg penting niat di hati...tutup aurat seperti yg sepatutnya...
masa sy di univ dulu ramai je yg berpurdah dan berjubah, tp tak jaga kebersihan diri dan tak kurang juga yg hanya berkawan sesama kelompok mereka...apa nih? mcm mana kita nak berdakwah dgn approach yg lebih halus?

masa di sekolah menengah, ada cikgu mengajar biologi yg berpurdah...tp dibuka semasa mengajar...walaupun tanpa secalit mekap, wajah tetap berseri walaupun di dlm kategori 'biasa-biasa' saja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:11 AM | Show all posts
Assalammuaalaikum wbt,

bg sy berpurdah tidak perlu perbaiki diri dlu sebelum memakainye...sy sendiri berpurdah kerana untuk mendidik diri sy menjadi seorg yg lebih baik..tetapi bkn nk tunjuk baik. sy tahu  kelemahan diri sy...berpurdah juga mgelakkn sy dr buat2 bnde2 yg tidak baik.. bila lalu didepan lelaki ajnabi automatik sy akn menundukkan pandangan sy..sy rase terasa malu yg teramat sgt even sy berpurdah..nila yg dikatakan INDAHNYA BERPURDAH..jagalah iman dan ahlak...semua org boleh berubah tp sukar untuk istiqamah.. same2la kite perbaiki diri kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.473711 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list