View: 178|Reply: 0
|
‘Tak masuk akal kalau kalah’
[Copy link]
|
|
“TAKKAN dengan Hong Kong pun tak boleh ‘makan’. Kalau kalah memang sesuatu yang tidak masuk akal,” demikian reaksi ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengenai undian pusingan kelayakan Piala Thomas yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.Selain diundi dengan Hong Kong dalam Kumpulan D, skuad negara yang diterajui pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei turut berada sekumpulan dengan pilihan kedua, Korea Selatan dalam kempen di Macau, 13 hingga 19 Februari ini. \n\n\n\n Rashid bagaimanapun percaya, Hong Kong bukan halangan besar dan tumpuan kini dijuruskan untuk cuba melakukan kejutan ke atas Korea bagi mengungguli carta kumpulan, sekali gus mengelak Indonesia yang dijangka menguasai Kumpulan B pada suku akhir.\n\n\n\n\n “Indonesia dijangka mengungguli Kumpulan B manakala India naib juara. Saya berpendapat peluang kita menang ke atas India lebih cerah berbanding Indonesia. Jadi, kita perlu tundukkan Korea Selatan untuk muncul juara kumpulan, sekali gus bertemu India di suku akhir.“Walaupun di atas kertas Korea lebih seimbang dalam acara beregu, saya percaya kejutan bukan sesuatu yang mustahil, dengan syarat kita memenangi pertarungan dalam ketiga-tiga acara perseorangan,” katanya.Kemenangan di suku akhir amat penting buat skuad negara layak ke separuh akhir, sekali gus menempah tiket secara automatik ke pusingan akhir Mei depan. Andai tewas, mereka perlu beraksi dalam perlawanan play off bagi menentukan kedudukan lima hingga lapan dalam kumpulan berdasarkan format round robin.Hanya empat pasukan dari pusingan kelayakan di Macau layak secara automatik tetapi penyertaan China tidak akan dikira kerana mereka layak secara automatik atas tiket tuan rumah dan juara bertahan.\n\n\nSkuad negara akan memulakan kempen menentang Hong Kong pada 14 Februari sebelum membuat perhitungan dengan Korea keesokannya. Skuad Piala Uber pula berdepan laluan berduri apabila diundi dengan pilihan pertama China dan India dalam Kumpulan A. Sementara itu, latihan pusat hari pertama di Bukit Kiara semalam dikejutkan dengan ketidakhadiran Chong Wei kerana demam, namun jaguh dunia itu muncul pada sesi latihan petang di gimnasium Institut Sukan Negara (ISN).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|