Post Last Edit by zaralove at 4-2-2012 09:25
Assalamualaikum wbt....
Berhati -hati dengan email yang diterima berkenaan mohon sumbangan / derma untuk anak /isteri / suami atau sebagainya.
ini kerana semalam saya ada menerima satu email mohon sumbangan. email tersebut seperti di bawah;
Assalammualaikum Wr.Wb. Saudara saudari ku sekalian, marilah kita
membantu adik ini dengan memberi sedikit sumbangan ikhlas kepadanya.
Dia kini menderita akibat masalah saluran jantung, memerlukan kos
pembedahan di IJN. Adik Adrianna Juliana Bt Mohd Jasni berumur
7 tahun merupakan anak yang kelima dari tujuh adik beradik, berasal
dari Kuala Langat, Selangor. Pekerjaan kampung yang tidak seberapa
oleh ayah dan ibu bagi menyara kehidupan keluarganya tidak mencukupi
utk menanggung kos pembedahan Adrianana iaitu sebanyak RM 20,000.00
Sumbangan anda boleh di salurkan ke a/c* Maybank (164342225893)* Semoga
dengan sedikit sebanyak derma anda itu akan memberi harapan yang besar
kepada adik Adrianan untuk meneruskan kehidupan seperti kanak- kanak
yang lain. Terima kasih
Petikan dan gambar sedih yang dihantar menyebabkan saya terbuka hati untuk menderma.
akan tetapi tetapi setelah dilihat update dari blogger2 yang lain ada mengatakan bahawa adik ini telah meninggal dunia dan penama Maybank tersebut adalah tidak benar sama sekali.
sekarang ni saya tidak tahu adakah perkara ini betul atau salah. kalau ada forumer yang tahu kisah adik ini bolehlah kongsikan. dan berhati -hati sebelum menderma kerana jika tersilap, kita akan menjadi penyumbang kepada gejala tidak sihat ini.
sekian. |