CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Abbas ketuai kerajaan sementara

[Copy link]
Post time 7-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Parti politik  setuju Perdana Menteri Palestin pantau persiapan pilihan raya\rDOHA: Parti politik Palestin yang berbalah bersetuju menamakan Presiden Mahmud Abbas, sebagai ketua kerajaan sementara untuk memantau persiapan pilihan raya Presiden dan Parlimen, kata pegawai Palestin semalam.\r\n\n\n\n\r“Persetujuan dicapai untuk melantik Mahmud Abbas sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya diadakan,”  kata pegawai yang enggan dikenali itu.\r\r\n\n\n\n\nAbbas dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal, mengadakan pertemuan kelmarin di ibu negara Qatar itu untuk mencapai kata akhir mengenai pelbagai isu yang timbul berikutan perjanjian perpaduan yang ditandatangani kedua-dua parti April lalu.\rMereka dijangka bertemu semalam, dengan pengumuman formal dijangka dibuat  lewat hari itu.\rPegawai terbabit berkata, Hamas dan parti sekular pimpinan Abbas, Fatah, bersetuju kerajaan sementara diisi  pihak berkecuali dan teknokrat dan mereka bertanggungjawab memantau pilihan raya.\rBeliau bagaimanapun tidak menyebut bila pilihan raya akan diadakan tetapi mengikut syarat perjanjian perdamaian, kedua-dua pilihan raya itu adakan diadakan menjelang Mei ini.\r\n\n\n\rSementara itu, Hamas mengesahkan Abbas akan dinamakan sebagai Perdana Menteri, menurut kenyataan di laman web yang berkaitan dengan kumpulan itu.\r“Kami mencapai persetujuan awal mengenai pelantikan Abbas,” kata kenyataan itu.\rSeorang lagi pegawai Palestin, yang  enggan dikenali, berkata kedua-dua parti bersetuju mengadakan pertemuan dengan semua parti politik Palestin di Kaherah pada 18 Februari ini ketika pelantikan Abbas  diluluskan.\r“Itu masanya kami  menetapkan tarikh pilihan raya Parlimen dan Presiden,” katanya.\rAntara isu lain diputuskan di Kaherah ialah pilihan raya bagi Majlis Kebangsaan Palestin (PNC), badan perundangan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)   tidak termasuk Hamas, kata pegawai. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list