CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 4

‘Once Upon a Secret: My Affair with President John F Kennedy and Its Aftermath,’

[Copy link]
Post time 8-2-2012 06:45 AM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: John F Kennedy menjalinkan hubungan sulit  dengan seorang pelatih  Rumah Putih berusia belasan tahun selama 18 bulan.
Pendedahan itu  terkandung dalam buku baru yang ditulis oleh wanita berkenaan yang mendakwa menjadi kekasih mendiang Presiden Amerika Syarikat itu.

Petikan daripada buku itu,  ‘Once Upon a Secret: My Affair with  President John F Kennedy and Its Aftermath,’  disiarkan oleh akhbar New York Post semalam yang berkata, ia membeli buku berkenaan di sebuah kedai buku tempatan, meskipun ia hanya dijadual untuk dipasarkan  hari ini.

Pengarang, Mimi Alford, kini berusia 69 tahun, menceritakan bagaimana Kennedy menangis selepas kematian anak lelakinya yang baru lahir.  Ia juga menceritakan semula bagaimana Kennedy, yang ketika itu berdengan dengan krisis peluru berpandu Cuba memberitahunya: “Saya lebih rela anak saya menjadi komunis daripada mati.’


Mimi menceritakan secara terperinci mengenai hubungannya dengan Kennedy yang bermula pada musim panas 1962 ketika dia baru berusia 19 tahun, 26 tahun muda daripada presiden itu yang mati dibunuh pada tahun berikutnya.

Dalam petikan yang disiarkan oleh akhbar terbabit, Mimi mendedahkan dia menemui Kennedy hanya empat hari selepas mula menjalani latihan dan presiden itu mempelawanya melawat kediamannya di Rumah Putih, termasuk kamar tidur Jackie  Kennedy.

   Kini, 50 tahun selepas itu, Mimi, pesara pentadbir Gereja New York City menulis, dia hilang daranya di kamar berkenaan.

“Saya terkejut.  Tetapi bagi dia, kejadian itu seolah-olah perkara paling biasa di dunia,” katanya.

Hubungan itu terus terjalin selama setahun setengah berikutnya malah Mimi turut menyertai  Kennedy dalam beberapa lawatan sehingga ia berakhir dengan pembunuhan presiden itu.

“Meskipun kami tidak pernah bercium dan terdapat satu tabir antara kami, tetapi hubungan seks yang dilakukan adalah pelbagai dan menyeronokkan,” kata Mimi.

Wanita itu juga berkata, sepanjang menjalinkan skandal itu, Kennedy mengajarnya membuat telur hancur dan bagaimana untuk menghargai muzik  Frank Sinatra dan Tony Bennett.

Walaupun mempunyai hubungan rapat dengan Kennedy, Mimi berkata, dia masih memanggilnya Tuan Presiden dan mengaku tidak pernah menolak godaannya.  - AP


sos:skandal JFK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 05:40 PM | Show all posts
lelaki kalau dah ade kuasa mulalah mengumpul perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 06:58 PM | Show all posts
nasib baik Jackie O dah takde....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 06:12 PM | Show all posts
perempuan kalau dah digoda lelaki berkuasa mudah saja lupa Tuhan.

stended retis malaysia sungguh mimi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:45 PM | Show all posts
ooo..begitu ceritanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.429134 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list