|
Kehilangan secara mengejut diratapi rakan seperjuanganTIADA ada lagi penyanyi yang mampu mengubah sebuah lirik menjadi melodi yang cukup indah, apabila penyanyi kulit hitam, Whitney Houston, 48, menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.\n\n\n\nKehilangan Whitney cukup mengejutkan bukan saja buat peminat lagu I Will Always Love You , tetapi turut diratapi rakan seperjuangannya.\n\n\n\n\nPenyanyi Aretha Fraklin, tidak mampu berkata-kata akibat terlalu sedih dengan pemergian sahabatnya itu.“Saya tidak mampu untuk bercakap sekarang. Kehilangan Whitney cukup mengejutkan, saya tidak percaya dengan berita yang saya lihat di kaca televisyen.Berita menyedihkan ini membuatkan saya teringat kepada ibunya Cissy serta anaknya Bobbi Kriss, keluarga dan Bobby (Brown),” katanya.Penyanyi legenda yang dilahirkan tanggal 9 Ogos 1963 di Newark, New Jersey, ditemui mati oleh pengawal peribadinya di dalam bilik Hotel Hilton di Beverly Hills California kira-kira jam 3.55 petang.\n\n\nPunca kematiannya masih lagi disiasat, tetapi menurut pihak polis, tiada unsur jenayah.Houston yang memulakan kerjaya dalam dunia nyanyian sejak muda, berada di Beverly Hills kerana terbabit dengan persembahan sempena sambutan majlis pra-Anugerah Grammy.Kali terakhir penyanyi itu ditemui pada Khamis lalu. Anugerah Grammy berlangsung hari ini di Staples Center, Los Angeles.Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|