View: 209|Reply: 0
|
'Tentera tak bernasib baik'
[Copy link]
|
|
SEMANGAT melawan anak buahnya tetap membanggakan B Sathianathan biarpun Tentera tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tumpas 1-0 kepada Perak di Ipoh, kelmarin.\r“Nasib nyata tidak menyebelahi kami kerana gagal mendapatkan gol yang diperlukan walaupun memberi tentangan sengit pada babak kedua.\r\n\n\n\n\r “Kami kalah melawan. Pemain bangkit untuk mencipta banyak peluang tetapi malangnya gagal melakukan penyudah,” kata jurulatih merangkap pengurus Tentera itu.\r\r\n\n\n\n\n Menurut Sathia, dia terpaksa mengubah perancangan dan strategi selepas anak buahnya ketinggalan seawal minit ketiga permainan hasil jaringan Michal Kubala.\r“Ia jaringan daripada sepakan percuma dan tiada siapa boleh dipersalahkan. \rBerikutan itu kami terpaksa mengamal corak menyerang untuk mencari gol tetapi gagal. Bila itu berlaku benteng Tentera terdedah kepada serangan balas Perak, mujur mereka juga gagal menambah gol.\r“Apapun saya berbangga dengan persembahan setiap pemain yang menunjukkan semangat juang kental. Itu petanda baik buat pasukan. Saya memandang ke depan untuk kami mencuba nasib dalam Piala Malaysia pula nanti,” katanya.\rSementara itu jurulatih Perak, Norizan Bakar memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan permainan bermutu untuk menghasilkan kejayaan.\r“Tahniah kepada pemain kerana bermati-matian hingga berjaya mengutip kemenangan. Tetapi masih ada kelemahan dan kepincangan yang perlu diperbaiki. \rRehat hampir dua minggu selepas ini akan digunakan untuk mengatasi kelemahan ini.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|