CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

Debaran bakal pengantin

[Copy link]
Post time 23-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lisa dilarang jumpa Yusry sebelum diijab kabul TANYALAH kepada mana-mana wanita, tidak ada saat yang paling indah, selain menantikan ketibaan hari diri bakal bergelar isteri. Begitulah juga perasaan Lisa Surihani apabila saat yang dinantikan itu akan menjelma tidak lama lagi.\n\n\n\nMalam ini di sebuah hotel di pinggir Putrajaya, Lisa bakal diijabkabulkan dengan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU selepas setahun menjalin hubungan menerusi BBM (Blackberry Messenger)\n\n\n\n\n\nKetika dihubungi untuk bertanyakan  persiapan menjelang hari bersejarahnya itu, Lisa berkata, semuanya lancar di bawah pengawasan ibunya.\"Pihak Lisa akan menguruskan persiapan  pernikahan, manakala sebelah Yusry pula untuk majlis resepsi kami di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada  Ahad nanti. Setakat ini alhamdulillah, semuanya lancar.\"Cuma kami sedang menyiapkan dulang hantaran untuk majlis itu nanti. Lisa akan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak Yusry,\" kata Lisa.Untuk majlis itu, Lisa menggunakan khidmat pereka, Cosry untuk mereka barangan hantaran serta busana yang akan digayakan untuk kedua-dua majlis nanti.\n\n\n\"Pihak Yusry pula gubahan hantaran akan dilakukan oleh isteri Edry,\" katanya.Walaupun Lisa dibesarkan dengan cara moden, itu tidak bermakna dia mengetepikan adat resam Melayu. Beberapa hari sebelum hari bahagianya, Lisa dilarang bertemu  bakal suaminya.\"Emak Lisa pesan tidak bertemu  Yusry beberapa hari sebelum diijabkabulkan. Walaupun    rindu,  Lisa tak kisah untuk mematuhi adat atau pantang larang itu.\"Sewaktu Lisa maklumkan perkara itu kepada Yusry, dia terkejut  kerana tak tahu pantang larang itu wujud. Pun begitu, kami ada juga berjumpa terutama apabila ia ada kaitan dengan urusan perkahwinan. Tapi kami tak boleh pergi atau balik berdua-duaan seperti biasa,\" ujarnya.Lisa dan Yusry akan kemudian akan bercuti ke Eropah.Bapa jadi jurunikahBUKAN saja Lisa yang menghitung hari menantikan saat bergelar isteri, tetapi perasaan itu turut dikongsi bersama  penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali. Bakal disatukan dengan pengurus peribadinya, Ahmad Aznaim Abdullah, pemilik nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini memilih tarikh 25 Februari iaitu Sabtu ini sebagai hari pernikahan mereka.\"Persiapan majlis sudah 90 peratus selesai. Selebihnya, semua itu akan diuruskan  keluarga kami. Mereka menyuruh kami berehat sementara menunggu ketibaan hari bersejarah  itu,\" katanya.Ditanya apakah perasaannya bakal bergelar isteri, sambil ketawa Ana berkata, perasaan itu biasa saja.\"Kadang kala ada terlintas tak sangka kami akan berkahwin selepas sekian lama berkenalan. Tapi itulah yang dinamakan jodoh. Nak kata berdebar tu, tak adalah sangat, cuma bila ada orang yang mengingatkan saya dan tolong saya mengira ketibaan hari pernikahan saya , itulah yang membuatkan saya lagi berdebar,\" katanya.Mengikut perancangan, majlis itu akan dimulakan dengan pertunangan pada jam 10.30 pagi. Sejam kemudian, akad nikah akan dilangsungkan dan disempurnakan bapa Ana  iaitu, Mohd Raffali Mohd Nor. Majlis ini dijangka berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.Untuk majlis itu, Ana akan menggayakan busana pengantin rekaan Ezuwan Ismail dan Safura Azali, manakala kasutnya pula direka pelakon yang semakin meningkat naik, Neelofa. Konsep hantaran adalah rona perak dan putih. Ana menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.Ditanya destinasi bulan madu yang menjadi pilihan, Ana berkata, dia dan Naim memilih konsep Cuti-Cuti Malaysia.  Ana juga  tidak akan bersanding pada hari perkahwinannya  nanti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list