|
Aku agak yakin , nurse tu tak pernah beranak...
Pergi awal ke hospital bila dah nak due....masuk w ...
rdzaccess Post at 24-2-2012 22:17
betul2...sakit nak bersalin ada rhythm dia..dan tunggu masa jugak nak buka..paling cepat 1 jam, paling lambat, berbelas2 jam, ada jugak kes berhari2 sakit nak bersalin (err..tu dengar cerita sebab derhaka pada suami)..
waktu bersalin anak ke-2 dulu, dah keluar darah subuh, lepas tu, terus pergi Hospital Ampang, buat checkup, lepas tu, doctor cek, lambat lagi ni, tapi yang bagusnya (specialist lelaki, cina), dia tanya saya, tinggal mana, berapa lama tempoh dari rumah nak ke hospital, jalan sesak ke tak, suami sentiasa ada kat rumah ke, atau ahli keluarga lain ada tak, ada transport sendiri tak....semua saya jawab negatif, lepas tu doktor tu cakap, tak apa, kalau macam tu, kita tahan wad, sebab takut awak bersalin sorang2 kat rumah (lagipun saya ada kes tumpah darah yang kronik masa bersalinkan anak pertama dulu)...
jadi, saya rasa, hospital kerajaan takdelah teruk mana pun, ramai doktor atau nurse yang sangat bertimbang rasa dan memahami keadaan ibu
tapi pengecualian untuk bulan2 yang memang busy dengan kes bersalin. |
|