CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

'Wanita besi' menang lagi

[Copy link]
Post time 28-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TAHUN 2012 menjadi detik kecemerlangan buat filem hitam putih tanpa suara, The Artist, apabila mengulangi kejayaan manis buat sekian kalinya dengan muncul Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-84 yang berlangsung di Los Angeles, semalam. \rFilem yang mengambil latar era 1927 itu turut membawa pulang empat lagi trofi Oscar iaitu Pengarah Terbaik menerusi Michel Hazanavicius, Pelakon Lelaki Terbaik (Jean Dujardin), Skor Asal Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.\r\n\n\n\n\rNamun, paling menonjol tentunya pelakon veteran, Meryl Streep, yang menggenggam Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonan mantapnya dalam The Iron Lady, manakala Octavia Spencer memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem The Help dan Christopher Plummer untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Beginners.\r\r\n\n\n\n\nThe Artist menjadi judul bisu pertama yang mendapat pengiktirafan besar selepas filem Wings (1927) melakukannya pada penganjuran Oscar pertama pada 1929.\r“Sayalah pengarah paling gembira di dunia,” kata Havanavicius ketika menerima trofi sambil tidak lupa mengungkap rasa terima kasihnya kepada barisan pelakon dan kru. \r“Saya turut berterima kasih kepada penyumbang dana filem ini, iaitu orang yang paling gila kerana mempercayai saya dengan meletakkan wang mereka untuk filem ini,” katanya.\rSementara itu, kemenangan Streep yang sudah diramal ramai mengulangi kejayaan sama pernah diraih aktres berkenaan hampir tiga dekad lalu. Memegang watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang dibawa Streep dalam filem The Iron Lady mendapat pujian ramai kerana dikatakan cukup menjadi.\r\n\n\n\rPelakon berusia 62 tahun itu pernah memenangi kategori berkenaan ketika membintangi filem Sophie’s Choice, bagaimanapun tewas sebanyak 13 kali dan pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita pada 1979 untuk filem Kramer vs Kramer.\r“Apabila nama saya disebut, saya seolah-olah dapat mendengar sebahagian daripada penduduk Amerika berkata oh tidak, kenapa dia lagi? Tapi saya tidak peduli,” katanya sambil ketawa.\rKemenangan itu adalah yang ketiga untuk Streep. Aktor dan aktres lain yang pernah memenangi Oscar sebanyak tiga kali ialah Jack Nicholson, Walter Brennan dan Ingrid Bergman, hanya Katharine Hepburn pernah empat kali memenangi Oscar.\rPelakon utama The Artis, Jean Dujardin yang baru memenangi kategori sama pada Anugerah Akademi Seni Filem dan Televisyen British (BAFTA) dua minggu lalu ternyata cukup teruja dengan kemenangan pertamanya di Oscar. \rDujardin yang popular di Perancis, memberikan sedikit kejutan apabila muncul aktor pertama Perancis yang menyerlah di Anugerah Academy.\rDujardin yang mula dikenali di negaranya selepas muncul dalam sebuah program pencarian bakat Nous C Nous, bukanlah calon kegemaran untuk memenangi kategori ini. Sebaliknya George Clooney dan Brad Pitt pada mulanya disebut-sebut bakal mengungguli kategori berkenaan. \rBagaimanapun, kemenangan demi kemenangan diraih pelakon berusia 39 tahun ini mengubah persepsi ramai. \rBagi pelakon yang pernah membintangi filem muzikal The Sound Of Music, Christopher Plummer, anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi cukup memberi makna buat dirinya apabila trofi yang menjadi impiannya selama ini hanya berjaya digenggam setelah usianya mencecah 82 tahun.\r“Ke manakah kamu selama ini? \rSaya ada pengakuan yang ingin dibuat, sejak berada dalam perut ibu lagi, saya sudah berlatih berucap kerana memenangi Oscar,” kata pelakon itu yang menyerlah dengan watak sebagai duda tua yang terjebak dengan cinta sejenis.\rTernyata bukan Plummer saja yang mendapat pengiktirafan pada usia senja. Sebelum ini pelakon Jessica Tandy menerima Oscar yang pertama pada usia 80 tahun untuk filem Driving Miss Daisy.\rBagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula, Octavia Spencer yang membawakan watak pembantu rumah kulit hitam dalam filem The Help berjaya mendapat Oscar pertamanya.\rSementara itu, Hugo arahan pengarah veteran, Martin Scorsese, yang meraih pencalonan paling banyak iaitu 11, tewas kepada The Artist apabila filem berkenaan yang menerima dua anugerah terawal hanya membawa pulang lima anugerah saja, iaitu untuk kategori Sinematografi, Penata Seni, Kesan Bunyi, Adunan Bunyi dan Suntingan Bunyi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.511900 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list