|
LONDON: Pengurus sementara England, Stuart Pearce menyalahkan kekurangan keyakinan diri sebagai punca skuadnya tewas 2-3 kepada Belanda pada aksi persahabatan antarabangsa di Wembley, awal pagi semalam sambil menolak dirinya sebagai pengganti jangka panjang kepada Fabio Capello.\rSkuad eksperimen Pearce dilihat mampu meraih keputusan seri selepas dua jaringan lewat Gary Cahill pada minit ke-85 dan Ashley Young (90) memadam dua gol pendahuluan Belanda menerusi Arjen Robben (57) dan Klaas-Jan Huntelaar (58).\r\n\n\n\n\r Namun Robben muncul wira pelawat dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.\r\r\n\n\n\n\n “Memang ia mengecewakan bagi kami tetapi sesuatu boleh dipelajari daripadanya apabila berdepan sebuah pasukan yang cukup mantap dengan barisan lengkap. Bagi pemain muda kami, ini pengajaran berguna kepada mereka,” kata Pearce.\rNamun Pearce berkata, masih terdapat kurangnya keyakinan diri di kalangan pemain England terhadap kemampuan mereka untuk mencabar pasukan handalan dunia.\r“Saya rasa keputusan 2-2 nampak lebih adil. Pujian buat pasukan lawan kerana dapat juga menewaskan kami. Kami perlu melangkah ke depan dan mencari lebih keyakinan untuk diri sendiri.\r“Kami dapat beberapa peluang di depan pintu gol lawan tetapi perlukan sentuhan yang lebih meyakinkan. Ini mungkin resipi yang kurang dalam pasukan ini dan saya rasa kami perlu segera mencarinya,” jelas Pearce.\r\n\n\n\rDalam pada itu, Pearce menegaskan pemilihan pemain tengah Tottenham, Scott Parker sebagai kapten baru England dibuat berdasarkan profil pemain itu dalam senarai pemain. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|