View: 332|Reply: 0
|
Suami bunuh aktres terkenal China
[Copy link]
|
|
Bai Jing ditikam selepas bergaduh isu tuntut cerai\rBEIJING: Aktres terkenal China, Bai Jing, 29, terbunuh selepas ditikam suaminya sendiri dalam satu pertengkaran Selasa itu di kediaman mereka di Chaoyang, insiden yang menggemparkan China dan peminat pelakon itu.\r\n\n\n\n\rLaman web Asianone.com melaporkan, suami Bai Jing, Zhou Chenghai, 44, dikatakan menikam Bai Jing sebelum dia sendiri membunuh diri.\r\r\n\n\n\n\nBai Jing yang pernah disebut sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh adalah aktres kung-fu wanita paling terkenal dan sudah membintangi banyak filem termasuk Kung Fu Wing Chun, Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon dan banyak lagi.\rBerita kematian Bai Jing diumumkan kira-kira jam 3 petang oleh pengurus besar sebuah agensi hiburan Ju Chunlei melalui laman Twitter berbahasa China.\r“Tragedi berlaku berikutan masalah pasangan itu yang kerap bertengkar. Kematian ibu Zhou 31 Januari lalu adalah punca terakhir mereka bergaduh,” katanya.\rJun bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perkara itu, tetapi sebuah akhbar China Legal Evening News melaporkan, Zhou bersemuka dengan Bai Jing selepas menerima tuntutan cerai isterinya.\r\n\n\n\rDi dalam petisyen perceraiannya, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang menghasilkan seorang anak lelaki dan menuduh lelaki itu berlaku curang.\rZhou adalah seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah, dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama sebelum bercerai.\rBeliau melabur banyak wang untuk membantu meningkatkan kerjaya Bai sebelum mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.\rAwal tahun ini, satu sumber mendakwa, Bai bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM28.5 juta) daripada suaminya, selain mengupah pelacur untuk menggoda Zhou agar dia boleh menuntut cerai dan mendapat banyak wang.\rAkibatnya, ibu Zhou meninggal dunia kerana merasai tekanan masalah rumah tangga anaknya awal tahun ini, menurut laporan.\rPengarah, Zhang Tongzhu yang pernah bekerja bersama Bai berkata khabar angin seperti itu tidak benar.\r“Bagi saya, dia (Bai) tidak bersalah dan seorang yang kuat bekerja,” kata Zhang. Pihak berkuasa masih menyiasat kes bunuh dan bunuh diri itu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|