CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

Serpa juara keseluruhan LTdL

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Guardini cipta sejarah  pelumba terbanyak menang peringkat perlumbaanSEPERTI jangkaan, pakar pendaki Colombia Jose Serpa merangkul kejayaan keseluruhan dalam Le Tour de Langkawi 2012 (LTdL) 2012, namun pakar pecut Itali Andrea Guardini mencuri tumpuan apabila mencipta sejarah sebagai pelumba terbanyak memenangi peringkat perlumbaan pada edisi ke-17 ini.\n\n\n\n   Dalam perlumbaan 10 hari yang melabuhkan tirainya di Kuala Terengganu semalam, Guardini yang mewakili Farnese Vini menutup perlumbaan dengan kejayaan rekod peringkat ke-11 untuk dirinya selepas memadam rekod lama pelumba Australia, Graeme Brown yang mengumpul sembilan kemenangan.\n\n\n\n\n   “Saya gembira muncul pelumba pertama memenangi enam peringkat perlumbaan dalam satu edisi. Ini adalah kemenangan menakjubkan selepas saya tidak memenangi dalam tiga perlumbaan sebelum ke sini,” katanya yang turut membawa pulang jersi biru dengan mengumpul 94 mata.Pelumba yang turut melakar sejarah kemenangan apabila memenangi setiap peringkat penamat dalam kelompok besar tahun ini, memperoleh kemenangan peringkat terakhir dari Tasik Kenyir sebelum melalui enam pusingan mengelilingi Kuala Terengganu sejauh 114.8 kilometer dengan catatan 2 jam 36 minit 42 saat.Serpa yang mewakili pasukan Andrioni Giacotolli, membawa pulang piala pusingan LTdL yang baru diperkenalkan tahun ini, sekali gus memenangi kejayaan keduanya menyarung jersi kuning selepas memenanginya pada LTdL 2009. Pelumba yang turut memenangi saingan Raja Bukit itu mencatatkan keseluruhan 32 jam 55.31s  mengatasi rakan sepasukannya, Jose Rujano yang juga juara keseluruhan LTdL 2010 dengan perbezaan 30 saat.\n\n\n“Kejayaan ini penting bagi saya dan pasukan. Kami akan pulang ke Itali malam ini (semalam) dan selepas ini, sasaran utama saya adalah memenangi Giro d’Italia (Mei ini),” kata pelumba 33 tahun itu yang turut mencatat sejarah tersendiri apabila menyamai rekod Paolo Lanfranchi memenangi gelaran keseluruhan dua kali.LTdL tahun ini turut menyaksikan buat pertama kalinya pelumba ProTour pasukan Astana, Alexandre Dyachenko dinobatkan Pelumba Terbaik Asia dalam penyertaan sulung pasukan itu bagi mengatasi penguasaan pelumba Iran.KEPUTUSANPeringkat 10 (Kenyir-Kuala Terengganu)1 Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini  2 jam 36 minit 42 saat  2 Jacobe Keough (AS) United Healthcare 2:36.42s  3 Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 2:36.42s  4 Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling 2:36.42s  5 Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 2:36.42s  6 Christian Delle Stelle (ITA) Colnago CSF Inox 2:36.42s  7 Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical 2:36.42s  8 Robert Forster (GER) United Healthcare 2:36.45s9 Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 2:36.45s10 Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 2:36.45sIndividu Keseluruhan1 Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 32 jam 55 minit 31 saat  2 Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli +30s3 Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross +1:03sRaja Pecut1 Andrea Guardini (Farnese Vini) 94 mata2 Valentin Iglinskiy (Astana) 853 Jacobe Keough (United Healthcare) 79Raja Bukit1 Jose Serpa (Androni) 27 mata2 Matteo Rabottini (Farnese) 243 Jose Rujano (Androni) 24Pelumba Terbaik Asia1 Alexandre Dyachenko (Astana) 32 jam 57 minit 51 saat2 Ghader Mizbani (Tabriz) +2:03s3 Andrey Zeits (Astana) +2:08sBerpasukan Keseluruhan1 Androni Giocattoli 98 jam 50 minit 34 saat2 Astana Pro Team +12:03s3 MTN Qhubeka +13:36s...16 MALAYSIA +43:17s

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.094641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list